IKLAN BISNES ANDA DI PAHANG DAILY ONLINE (PDO) SEKARANG !!

Warga "Peneroka" Felda Jengka 7 Merungut, "Tiada Bekalan Air" Di Aidil Fitri


MARAN: Ketika umat Islam bergembira menyambut Aidilfitri, lain pula keadaannya bagi 400 penduduk FELDA Jengka 7, dekat sini, apabila terpaksa mencatu air selepas terputus bekalan sejak kelmarin.
Keadaan bertambah buruk apabila ada saudara jauh penduduk yang datang untuk beraya terpaksa berebut air untuk mandi.
Difahamkan, penduduk FELDA berkenaan mengambil inisiatif sendiri dengan mandi di pusat rekreasi air terjun Cik Minah Sayang, Kuala Sentul, di sini.
Penduduk Mohd Zulfakar Zainol, 18, berkata masalah ketiadaan bekalan air bukan baru berlaku tetapi setiap tahun mereka pasti berdepan masalah sama.
"Semalam ada air tetapi tekanan terlalu perlahan, malah airnya pula keruh dan berkeladak serta amat kotor untuk mandi.
"Saya bersama adik-beradik lain terpaksa menaiki motosikal untuk ke pusat rekreasi air terjun Cik Minah Sayang untuk mandi," katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, hari ini.
Bagi suri rumah, Latifah Ibrahim, 42, penduduk terpaksa mengeluarkan wang untuk membeli air mineral bagi kegunaan harian.
"Saya ada terbaca dalam laporan akhbar bahawa Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) dan kerajaan Pakatan Harapan (PH) memberi jaminan masalah bekalan air akan dapat diatasi.
"Namun, apa yang saya dapati masalah sama tetap berulang. Bagi saya biarlah tiada elektrik tetapi janganlah putus bekalan air," katanya.
Sementara itu, cubaan untuk menghubungi pihak PAIP gagal berikutan cuti sambutan Aidilfitri. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]