IKLAN BISNES ANDA DI PAHANG DAILY ONLINE (PDO) SEKARANG !!

Polis "Kaji" Tubuh Jawatankuasa Pantau "Siasatan" Kes Altantuya


KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan meneliti sama ada wujud keperluan menubuhkan satu jawatankuasa bagi memantau siasatan kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata polis juga akan meneliti semula kertas siasatan jika terdapat aspek baharu dalam kes itu bagi meneruskan siasatan.

"Kita akan memanggil semula saksi-saksi terdahulu sekiranya mempunyai keperluan dan bukti baharu bagi membantu siasatan," katanya pada sidang media selepas mesyuarat tahunan ke-40 Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) di sini, hari ini.

Beliau berkata mereka akan dipanggil sekiranya terdapat elemen-elemen baharu berhubung kes berkenaan berdasarkan laporan polis yang dibuat bapa Altantuya, Dr Shaariibuu Setev baru-baru ini.

"Pasukan penyiasat yang menjalankan siasatan berhubung kes ini juga akan dipanggil membantu siasatan dan kita berkemungkinan tubuh jawatankuasa untuk memantau penyiasatan yang dilakukan mereka," katanya. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]