IKLAN BISNES ANDA DI PAHANG DAILY ONLINE (PDO) SEKARANG !!

PPBM: "Tindakan" Ismail Kassim Keluar UMNO & Lompat Parti Tak Logik


KANGAR: Tindakan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Tambun Tulang, Datuk Ismail Kassim keluar daripada UMNO dan berhasrat menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) adalah sesuatu yang tidak logik.

Pengerusi PPBM negeri, Ameir Hassan berkata 'musuh di medan perang' tidak akan boleh duduk semeja selepas apa yang berlaku kerana sebelum 'bertempur' (dalam Pilihan Raya Umum ke-14 [PRU14]) ruang sudah terbuka luas untuk mereka sama-sama berjuang, namun peluang itu tidak direbut.

"Tidak mungkin kami (PPBM) akan bekerjasama dengan musuh yang telah membunuh ramai teman-teman seperjuangan kami semasa di medan perang dahulu (PRU14). Dia sudah bunuh kawan-kawan kami tiba-tiba nak sertai kami pula," katanya.

"PPBM Perlis sudah mempunyai pemimpin berwibawa yang mencukupi dan kami tidak memerlukan ilmu-ilmu songsang yang dipraktikkan UMNO untuk dibawa masuk ke dalam perjuangan kami."

"Kalau betul-betul nak berjuang untuk rakyat, minta adakan semula pilihan raya untuk dapatkan mandat rakyat," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Ameir berkata hasrat Timbalan Ketua UMNO Bahagian Arau itu untuk melompat parti juga tidak akan dapat menyelesaikan sebarang masalah namun sebarang keputusan muktamad mengenai perkara itu tertakluk kepada kepimpinan PPBM di peringkat pusat. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]