PROMOSI HEBAT !! MURAH !! MURAH !! PM 601120682238 UNTUK INFO LANJUT
 

pahangdaily pahangdaily Author
Title: Shahaniza Tawarkan Diri Tanding Jawatan "Ketua" UMNO Bahagian Maran
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUANTAN: Pemilihan UMNO Bahagian Maran antara yang mencuri tumpuan apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Sentul, Datuk Seri ...

KUANTAN: Pemilihan UMNO Bahagian Maran antara yang mencuri tumpuan apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Sentul, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin menawarkan diri untuk bertanding jawatan Ketua bahagian berkenaan.

Jawatan itu kini disandang oleh Ahli Parlimen Maran, Datuk Seri Dr. Ismail Abd. Muttalib.

Shahaniza yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Maran berkata, keputusan itu dibuat bagi memberi peluang dan ruang kepadanya melakukan gerak kerja memulihkan serta membawa pembaharuan dalam parti di bahagian tersebut.

"Saya sedar, saya juga mempunyai banyak kekurangan tetapi saya yakin dan percaya bahawa saya juga boleh memberikan sentuhan yang sedikit luar biasa untuk mengembalikan kekuatan UMNO Bahagian Maran," katanya dalam entri di akaun media sosial Facebook beliau, hari ini.

Shahaniza yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri berkata, beliau ingin melihat lebih ramai kepemimpinan muda daripada pelbagai latar belakang bersama memimpin UMNO tanpa meninggalkan kepemimpinan lama yang penuh dengan pengalaman.

Beliau juga ingin melihat gabungan berkenaan bukan sahaja duduk semeja mencari muafakat tetapi sama-sama turun padang memelihara dan menyuburkan akar umbi UMNO.

Tambahnya, beliau memilih untuk berada di peringkat akar umbi dengan harapan pucuk kepemimpinan UMNO dapat menyambutnya dan menjalankan pula tugas mereka dengan lebih baik.

"Kuat akar dan tunjangnya, pasti segar dan rimbun daun serta buahnya.

"Marilah kita bersama-sama melaksanakan pemilihan parti ini dengan penuh kesedaran bahawa ia adalah satu proses memilih kepemimpinan yang terbaik, bukannya untuk mencari jalan perbalahan dan kebencian sesama kita," katanya. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top