[IKLANEKA SAIZ 468X60 PIXEL | RM100 SEBULAN | SILA WHATSAPP SINI]



Shahiruddin Umum Tak Pertahan Jawatan "Ketua" UMNO Bahagian Raub


RAUB: Ketua UMNO Bahagian Raub mengesahkan beliau tidak akan mempertahankan jawatan yang disandangnya sejak 24 tahun lalu pada pemilihan UMNO 30 Jun ini.



Datuk Seri Shahiruddin Ab Moin yang juga bekas Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Keusahawanan dan Kepenggunaan negeri itu berkata, ia juga bagi memberi ruang kepada muka baharu menerajui kepimpinan UMNO Raub dan melaksanakan proses meremajakan parti bagi menghadapi cabaran politik semasa.

Menurutnya, langkah tersebut juga bagi menyuburkan Umno dengan menggabungkan kepimpinan di pelbagai peringkat usia.

Sudah agak terlalu lama, walau prestasi tidak seburuk mana tetapi jangka masa ini membolehkan saya berfikir dan menyerahkan baton kepemimpinan.

“Saya akan tetap menyumbang dan membantu UMNO terutama Bahagian Raub dari luar. Caranya mungkin berbeza tetapi hasratnya tetap sama iaitu demi agama, bangsa dan negara,” katanya pada sidang media di Bangunan UMNO Raub, di sini, semalam.

Justeru, beliau mencadangkan Timbalannya, Datuk Abdul Aziz Kiram, 58 diberi tanggungjawab menerajui UMNO Raub.

“Saya cukup yakin dan kepimpinan bahagian pun yakin pengalaman Datuk Aziz yang jadi wakil rakyat hampir tiga penggal dan beliau pun mempunyai pengalaman menjadi Ketua Pemuda UMNO Bahagian Raub.

“Dia mempunyai kekuatan tersendiri untuk meneruskan perjuangan kekuatan UMNO di Raub dan saya dah bersama beliau sejak tahun 1983 lagi. Jadi tiada sebab mana mana pihak sangsi dengan corak kepimpinan dan pengalaman beliau,” katanya.

Shahiruddin yang juga ADUN Dong. Menurutnya, walaupun berpegang pada prinsip demokrasi, beliau berharap UNNO tidak perlu berebut jawatan (pada pemilihan parti) kerana keutamaan adalah menyusun semula (parti) bagi melahirkan kepimpinan yang mantap dan dihormati.

“Saya harap semua pihak dapat berfikir untuk mengelakkan sebarang perbalahan supaya kita dilihat matang dan bijaksana dalam menghadapi cabaran politik masa kini,” katanya.

Tambahnya, berharap tindakan beliau juga dapat dicontohi kepimpinan UMNO yang lain bagi sama-sama menyokong proses peremajaan parti. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]