[IKLANEKA SAIZ 468X60 PIXEL | RM100 SEBULAN | SILA WHATSAPP SINI]



Shahrizat Jalil 'Tidak' Pertahankan Jawatan Ketua Pergerakan Wanita UMNO


KUALA LUMPUR: Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil mengumumkan beliau tidak akan mempertahankan jawatan Ketua Pergerakan Wanita UMNO pada pemilihan parti akan datang.

Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil serius suara lantang rakyat yang mahu melihat perubahan dan pembaharuan dalam UMNO selain memberi peluang kepada muka baharu mengetuai sayap itu.

"Wanita UMNO mempunyai ramai pemimpin berpotensi terdiri daripada mereka yang berpengalaman mahupun mereka yang muda dan bertenaga. Saya yakin jika mereka diberi peluang untuk memimpin Wanita UMNO, mereka akan menjalankan tugas dengan baik terutamanya untuk berkhidmat kepada rakyat," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata keputusannya itu telah dimaklumkan pada Mesyuarat Exco sayap itu yang diadakan hari ini.

Shahrizat turut menyeru semua anggota Wanita UMNO terutama di peringkat akar umbi supaya mengekalkan semangat perjuangan selaku tulang belakang dalam parti. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]