IKLAN BISNES ANDA DI PAHANG DAILY ONLINE (PDO) SEKARANG !!

Suri Rumah "Kelar Anak" Hingga Mati Di Jengka 13, Di Dakwa Hari Ini !


TEMERLOH: Mahkamah membenarkan suri rumah yang hari ini didakwa atas pertuduhan membunuh anak bongsunya berusia 19 bulan di Felda Jengka 13, Maran pada Ahad lepas, untuk menjalani pemeriksaan psikiatri di Hospital Permai, Johor Bahru.
Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Temerloh Ti Pei Si membenarkan tertuduh Asmani Mat, 31, dirujuk ke hospital itu susulan permohonan dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya Siti Hajar Mustafa.
Siti Hajar memohon mahkamah agar membenarkan tertuduh dirujuk ke Hospital Permai bagi tujuan pemerhatian selama sebulan mengikut Seksyen 342 Kanun Acara Jenayah kerana tertuduh disyaki mengalami masalah mental ketika melakukan jenayah itu.
Terdahulu, tertuduh yang berpakaian lokap dan tidak diwakili peguam hanya mengangguk tanda faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Ti.
Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes itu berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]