PROMOSI HEBAT !! MURAH !! MURAH !! PM 601120682238 UNTUK INFO LANJUT
 

pahangdaily pahangdaily Author
Title: Syed Faiz: Masalah Yang Melanda "Pantai Air Leleh" Perlu Perhatian, Tindakan Kerajaan
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PEKAN:  Masalah yang melanda kawasan perlancongan berpotensi tinggi di daerah ini, Pantai Air Leleh menuntut perhatian pihak berwajib b...

PEKAN: Masalah yang melanda kawasan perlancongan berpotensi tinggi di daerah ini, Pantai Air Leleh menuntut perhatian pihak berwajib bagi tindakan penyelesaian segera.

Tinjauan mendapati khususnya pada hujung minggu dan hari cuti umum, kawasan pantai ini sentiasa dipenuhi orang ramai yang datang berkelah, mandi di samping membawa keluarga bersantai.

Namun di sebalik pembangunan dan kemudahan yang dilakukan di kawasan ini sejak beberapa tahun lalu masih tidak mampu mengatasi masalah jalan masuk yang sempit, jalan rosak teruk, keadaan papan tanda yang usang, kebersihan tak terjaga, tiada lampu jalan serta tiada aktiviti rekreasi dan ini (isu dibangkitkan) sekaligus akan merosakkan imej pantai ini.

Presiden Kelab Komuniti DUN Peramu Jaya (KDPJ), Datuk Syed Mohammad Faiz Azemmant berkata, pihak kerajaan telah berusaha ‘mengubah’ rupa dengan menyediakan kemudahan yang selesa kepada orang ramai namun banyak isu yang tidak selesai kerana pihak berkenaan hanya mampu menyediakan namun tiada penyelenggaraan serta perhatian berterusan.

Beliau (Syed Faiz) berkata, saya sendiri telah bertemu peniaga di kawasan ini yang memaklumkan keadaan di sini berada di bawah tadbir urus syarikat kontraktor yang telah dilantik dan diberi kuasa oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Mereka yang juga peniaga melayu mengeluh kerana perniagaan terjejas selepas tiada aktiviti rekreasi di sini malah kehadiran pengunjung semakin berkurang.

Sebelum ini, ada penyewa peralatan permainan untuk aktiviti rekreasi seperti banana boat, ATV, Jet ski dan lain-lain tetapi kadar sewa tapak dikatakan terlalu mahal menyebabkan pengusaha lari dan tiada lagi aktiviti menyeronokkan di pantai ini.

Masalah lain yang dihadapi peniaga ialah kadar sewa yang dikenakan tetap, walaupun pada hari tiada pengunjung. Apabila tiada aktiviti pastinya tidak dapat menarik pengunjung yang ramai. Mereka (peniaga) juga menghadapi kerugian apabila berlaku kecurian ekoran keadaan sekitar kawasan seluas 10 ekar dibangunkan ini tidak mempunyai lampu di sekitar seterusnya menggalakkan aktiviti negatif lain seperti gejala sosial dan jenayah," katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Syed Faiz turut mendedahkan, walaupun insfrastruktur yang disediakan mencukupi seperti tandas awam, surau, taman permainan kanak-kanak dan lain-lain, tetapi ia tidak diselenggara dan dijaga dengan baik termasuk persekitaran pantai yang kotor. Kalau berterusan begini siapa nak datang? Lama kelamaan berhantu", katanya. Keadaan ini membimbangkan kerana membuka peluang kepada pencuri untuk mengambil aset tersebut dan mengundang masalah seperti penyakit (kencing tikus) yang semua maklum amat berbahaya.

Keadaan satu-satunya jalan masuk ke pantai ini selain sempit dan rosak teruk juga menyukarkan orang ramai yang keluar masuk malah membahayakan pengunjung yang menaiki motosikal yang mungkin boleh terjatuh akibat lubang serta taburan batu di atas jalan. Masalah papan tanda usang juga memerlukan perhatian kerana ia menyukarkan pengunjung dari luar untuk mencari pantai ini.

Katanya lagi, pihak berkaitan seharusnya memberi perhatian serius aspek penyelenggaraan secara berjadual dan menyediakan lebih banyak ruang sewaan tapak perniagaan murah bagi memastikan pusat perlancongan yang ada di daerah ini benar-benar hidup dan sempurna serta mampu dijadikan pusat kegiatan ekonomi setempat. Bukan sekadar 'melepaskan batuk di tangga'.

Kita (KDPJ) akan mengadakan pertemuan dengan PBT selepas raya bagi membentangkan kertas cadangan untuk penambahbaikan. Apa yang kita harapkan kawasan pantai ini dapat diurus secara sistematik oleh pihak yang diberi tanggungjawab dan memperbanyakkan aktiviti untuk menarik orang ramai bagi membantu peniaga melayu dan anak muda menjana pendapatan. Kita tidak mahu kelebihan yang ada disini terus terbiar dan teguran serta aduan daripada peniaga dan pengunjung mendapat reaksi balas sewajarnya.

Beliau menambah, potensi yang ada pada pantai yang landai ini hanya akan menjadi sia-sia jika pihak berkenaan tidak memberi perhatian kepada salah satu kelebihan yang ada di daerah ini.

Lokasi pantai ini yang terletak di kawasan perkampungan bukan satu halangan malah ia adalah satu kelebihan kerana para pengunjung dapat menikmati pemandangan kawasan perkampungan yang unik di samping menghirup udara segar sepanjang perjalanan ke pantai ini.#PDO

Lagi gambar Klik Pekan Daily

Advertisement

Post a Comment

 
Top