PROMOSI HEBAT !! MURAH !! MURAH !! PM 601120682238 UNTUK INFO LANJUT
 

pahangdaily pahangdaily Author
Title: Tidak Perlu Sirul Untuk Membuka Semula "Siasatan" Kes Altantunya
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
SHAH ALAM:  Kehadiran bekas anggota unit tindakan khas, Sirul Azhar Umar yang dihukum mati selepas didapati bersalah dalam pembunuhan be...

SHAH ALAM: Kehadiran bekas anggota unit tindakan khas, Sirul Azhar Umar yang dihukum mati selepas didapati bersalah dalam pembunuhan berprofil tinggi wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu tidak diperlukan untuk membuka semula siasatan kes tersebut.

Peguam dan Ahli Parlimen Bukit Gelugor dari DAP, Ramkarpal Singh berkata, masih ada banyak saksi lain yang boleh dipanggil bagi membantu siasatan kes berkenaan.

“Tambahan pula, pengetahuan Sirul berkenaan siapa yang mengarahkan pembunuhan tersebut kemungkinan besar adalah terhad.

“Walau bagaimanapun, Sirul masih boleh bantu siasatan sekiranya dibawa pulang (ke Malaysia) dengan berkongsi apa yang beliau tahu,” katanya.

Ramkarpal yang juga peguam kepada bapa Altantuya kini sedang menguruskan perjalanan Shaariibuu Setev ke negara ini untuk bertemu Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dijangka dalam tempoh seminggu dua ini.

Pada 8 Jun lalu, Dr Mahathir berkata, kerajaan akan mengkaji terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan dibuat untuk membuka semula kertas siasatan kematian Altantuya. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top