IKLAN BISNES ANDA DI PAHANG DAILY ONLINE (PDO) SEKARANG !!

Tuan Ibrahim: PAS Yakin Menang Jika Pilihan Raya Negeri Di Kedah


KOTA BHARU: PAS yakin boleh menawan Kedah jika Pilihan Raya Negeri (PRN) benar-benar diadakan, kata Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Tuan Ibrahim berkata bagaimanapun parti itu berharap agar jalan penyelesaian lain dapat dicapai sekiranya kerajaan negeri pimpinan Pakatan Harapan (PH) gagal mendapat sokongan untuk melantik Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN).

"PAS menawarkan jalan keluar iaitu mewujudkan Kerajaan Perpaduan yang bertujuan untuk mengelak PRN daripada berlaku.

"Ini adalah jalan keluar yang terbaik jika menghadapi situasi sebegini. Tapi mereka (Pakatan Harapan) menolak," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Negeri Kelantan kali ke-45 Tahun 2018 di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (PUTIK) di sini, hari ini. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]