IKLAN BISNES ANDA DI PAHANG DAILY ONLINE (PDO) SEKARANG !!

Ustaz Rosli Abdul Jabar: Zikir "UG" Yang Telah Pun Tiada Fadhilatnya


Kalimah UG menjadi amalan zikir harian, sepertinya amalan wajib atau setidaknya sunat muakad oleh pimpinan dan penyokong PH sebelum PRU 14, kini diwaktu pascanya zikir itu kian sayup dan ghuyup, tidak lagi jadi amalan, mungkin kini dah jadi bidaah tak ada fadhilatnya.

UG difahamkan maknanya oleh PH pada rakyat ialah PAS nak masuk UMNO, segala dalil dan bukti merapu digunakan untuk sahkan zikirnya adalah soheh, pakaian TGHH sedondon dengan DS Najib, PAS sepentas dengan DS Najib dlm solidariti Rohingya dan macam2 lagi dalil merapunya.

Masa pemimpin utama ph sedang bercinta dan berkasih sayang dengan umno, PAS dah lawan umno, sampai sekarang pun, tak pernah berhenti, perjuangan PAS untuk tegakkan Islam tak pernah berubah walau siapapun kerajaannya termasuk ph, PAS hanya akan bersama dengan mana2 Parti yang bersedia untuk sama-sama daulatkan Islam ataupun sekurang2nya tidak menentang agenda Islam yang dibawa oleh PAS.

Pasca PRU 14, PAS menang 3 kerusi diPerak dan 15 kerusi diKedah. Bn kelam kabut ajak PAS bersama untuk tubuh kerajaan Perak, juga Kedah yang masih dalam kemelut perlantikan speaker, PAS dilihat sebagai talian yang dapat mengalirkan kuasa utk mana2 parti dapat memerintah dengan selesa.

PAS menawarkan UG, iaitu sebuah kerajaan tanpa blok pembangkang, bukan tak boleh bangkang tapi tanpa blok pembangkang. Semua parti sama-sama membina kerajaan, ini maksud sebenar UG bukan maknanya seperti yang telah diselewengkan oleh ph iaitu PAS nak gabung umno.

Ph tolak cadangan PAS sebab ph nak perintah sendiri, tak nak campur parti lain, maka berlakulah pujuk memujuk, rayu merayu atau mungkin juga ada urusan jual beli manusia untuk supaya wakil rakyat umno yang selama ini dicaci maki ph kerana bersekongkol dengan parti yang siang malam dimaki ph iaitu umno untuk menyertai ph bagi tujuan kukuhkan kedudukan ph.

Pasca PRU 14 telah menyekolahkan rakyat terhadap makna UG yang sebenarnya yang selama ini ditabur najis oleh ph, kini rakyat faham dah, makna UG bukan PAS nak gabung umno atau berkasih sayang dengan umno sebagaiman pkr, pan dan ppbm berkasih sayang dengan dap.

Kalimah UG dah tak jadi zikir, sebab makna UG bagi ph ialah PAS nak gabung umno, bila PAS tak gabung2 juga walaupun boleh ambil kesempatan bersila selesa menjadi kerajaan gabungan umno terutama diNegeri Pahang dan Perlis tapi PAS tetap dengan keputusannya. PAS tetap PAS.

PAS dah berlayar lama dilautan politik Malaysia, PAS tak pernah mabuk kuasa hingga memuntah buangkan matlamat perjuangannya. PAS sanggup berpisah dengan mana-mana parti yang menentang dasar perjuangannya , yang PAS tak sanggup ialah berpisah dengan Islam.

Dengan ketegasan PAS ini menjadikan zikir UG versi ph sudah tidak berfadhilat lagi kerana ianya adalah amalan yang diambil dari dalil sesat dan dusta. #sumber

6 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

Ustaz ni merapu plak...umno dah kalah...hadi pakai kopiah merah jumpa tun madey...kalo umno menang Hadi pakai sedondon nak harap tambah dedak...pas dah sanggup jilat Dap..

Kejora Bapuk Bodo said...

http://www.sarawakreport.org/2018/06/hadis-lawyers-accept-nik-abduh-recording-is-genuine-after-all/

Kenape Hadi takut cabar kesahihan rakaman suara odio nik abuduh yg ngaku lobai Pas terima wang haram dari najib?...abis lah Pas kali ni...suara nik abuduh diakui genui ngaku baham duit najib..

Anonymous said...

Inilah lebai PAS.. pandai silat lidah dan beri alasan.. masa orang cuak pasal Hadi pakai sedondong dengan Najib macam nak UG.. ustaz ni diam je.. isu dah masam baru ustaz buat keluar pekasam dia.. bila rakyat cuak.. PAS percaya penjelasan arul kandar duit 1MDB.. dia senyap je.. kini bila tempayang pecah.. dia lari kelain.. orang dah cakap dulu.. kalau betul hang nak Islam.. hang bergungguhlah tegur dan cegar kemungkaran.. ini dasar politik natang apa?... buat malu agama dan bangsa Melayu aje..

Boley Jalan said...

Di perak dan di kedah nak UG dgn PH...
Siapa kata UG dah selesai, malah mangkin gila kuasa lebai2 ni.

abgroni roni dolah said...

Nak ug

kerajaan tanpa blok pembangkang konon, jika kerajaan pas telus buat ler ug dengan kelantan dan terengganu , rakyat nak tengok model nyer, jangan bagi alasan sebab di kedah tiada parti yang boleh bentuk kerajaan, di terengganiu dan kelantan pas dan boleh bentul kerajaan dengan sendirirnyer .

kalau betul nak bentuk ug dengan suci hati , buat ler di kelantan dan terengganu tak payah nak guna alasan di kelantan dan terengganu parti pas boleh tubuh kerajaan tanpa bantuan parti lain . rakyat nak tengok modelnyer jangan di sebab kan dun kedah 18 : 18 alasan nak buat UG tanpa blok pembangkang di kedah.

buat ler di terengganu dan kelantan dahulu rakyat nak tengok macam maner model nyer selama 5 tahun nie. nak tengok perjalanan kerajaan ug tersebut selama selama 5 tahun . dah buat kerajaan ug di kelantan dan terengganu pada pru akan datang boleh gunakan sebagai modal kempen pru 15, dengan pas boleh berkerjasama dan membentuk ug dan telah ader pon produk yang di lahirkan untuk rakyat negeri dan kepentingan negara .

secara tak langsung nama parti pas akan naik dan di sanjung tinggi, ini tidak setakat silat lidah tindakan tarak aper barang

Anonymous said...

orang kapir memang tak sukakan ustaz ustaz dan pak lebai pak lebai... terutama tghh..orang kapir memang benci ulamak..haha..nampak kan....

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]