SELAMAT ULANGT HARI ULANG TAHUN KE-10 PAHANG DAILY ONLINE (31/8/2008 - 31/8/2018)

[IKLANEKA SAIZ 468X60 PIXEL | RM100 SEBULAN | SILA WHATSAPP SINI]





Adam Rayqal Di Goncangkan, Di Ketuk Kepala Sebelum Mati !


KLANG - Polis Selangor akan menyiasat dakwaan bayi lelaki berusia lima bulan, Adam Rayqal Mohd. Sufi Naeif telah digoncangkan badan dan diketuk kepalanya oleh pengasuh sebelum ditemui mati di dalam peti ais di rumah pengasuhnya di Kampung Nakhoda, Batu Caves, Selangor, Selasa lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata, ini termasuk merakam keterangan daripada ibu bapa kepada kanak-kanak berusia lima tahun yang didakwa menyaksikan kejadian itu.

Kanak-kanak itu adalah antara tiga yang diasuh oleh suspek.

"Kita dengar pelbagai cerita tetapi ia belum disahkan lagi dan akan memanggil mereka memberikan keterangan sekiranya diperlukan bagi membantu siasatan.

"Namun, kita difahamkan, bayi (Adam Rayqal) berkenaan dihantar ke rumah pengasuh kira-kira pukul 12.30 tengah hari dan siasatan kita bermula daripada situ sehingga bayi ini ditemui meninggal dunia," katanya ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara di pekarangan IPD Klang Utara di sini hari ini.


Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan sebuah akhbar tempatan bahawa seorang kanak-kanak yang turut diasuh suspek berusia 33 tahun itu mengoncang badan dan mengetuk kepala Allahyarham Adam Rayqal kerana asyik menangis.

Mazlan menambah, pihaknya juga akan merakam keterangan daripada kedua-dua ibu bapa mangsa dalam masa terdekat.

Jelas beliau, hasil siasatan awal mendapati suspek utama iaitu pengasuh tersebut tidak mempunyai sebarang rekod jenayah, manakala rakannya merupakan pegawai bank. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]