[IKLANEKA SAIZ 468X60 PIXEL | RM100 SEBULAN | SILA WHATSAPP SINI]



Al-Fatihah: ADUN 'Sungai Kandis', Shuhaimi Shafie Meninggal Dunia Akibat Kanser Limfoma


SHAH ALAM: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Kandis, Mat Shuhaimi Shafie, 49, meninggal dunia di Pusat Perubatan (SJMC), Subang, Selangor kira-kira pukul 11.10 pagi tadi.

Allahyarham yang merupakan ADUN daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) meninggal dunia akibat penyakit kanser limfoma selepas menjalani rawatan di pusat rawatan berkenaan difahamkan sejak pertengahan bulan lalu. 


Jenazah Allahyarham Shuhaimi akan disembahyangkan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam dan disemadikan di Tanah Perkuburan Seksyen 21 di sini selepas solat Asar.

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari menyifatkan Allahyarham merupakan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri yang sangat komited, bertanggungjawab dan disenangi rakyat dan rakan taulan.

"Allahyarham juga merupakan sahabat karib saya dan rakan seperjuangan dalam politik. Pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan yang besar kepada kerajaan negeri Selangor serta Parti Keadilan Rakyat. 

"Khidmat bakti dan pengorbanan Allahyarham kepada rakyat dan negeri Selangor adalah sangat besar dan tidak ternilai. Semoga Allah SWT memberi ganjaran yang baik atas segala jasa dan budi Allahyarham," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Suhaimi mula menjadi wakil rakyat sejak Pilihan Raya Umum Ke-12 pada 2008 selepas memenangi kerusi DUN Seri Muda dan seterusnya di kerusi yang sama pada PRU-13. 

Pada PRU-14 yang berlangsung 9 Mei lalu, Suhaimi menang kerusi DUN Sungai Kandis dengan 23, 998 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Kamaruzzaman Johari, Mohd. Yusuff Abdullah (Pas) dan Hanafiah Husin daripada Parti Rakyat Malaysia (PRM).

Pada penggal lalu, Shuhaimi merupakan Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali selain merupakan Ketua Penerangan PKR Selangor. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]