[IKLANEKA SAIZ 468X60 PIXEL | RM100 SEBULAN | SILA WHATSAPP SINI]



Akaun Bank Derma UMNO Pekan Bagi Bantu Najib Di Bekukan !


KUALA LUMPUR - Akaun bank yang dibuka UMNO Pekan bertujuan mengumpul dana bagi membayar ikat jamin ahli Parlimennya yang juga bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan telah dibekukan.

Pembekuan akaun ini dimaklumkan oleh Ketua UMNO Pekan, Datuk Zalmah Abdul Rahman, selepas menyedarinya pagi tadi.

Katanya, pembekuan akaun ini hanya berlaku di Pekan saja, tempat lain saya tak tahu.

“Umno Pekan buka akaun bank ini untuk kumpul duit bayar ikat jamin Datuk Seri Najib.

“Saya cuma tahu ia dibekukan pagi tadi, pembekuan akaun ini hanya terjadi di Pekan, tempat lain, tak tahulah,” katanya memetik laporan Malay Mail.

Bagaimanapun, tabung derma bantuan kepada bekas perdana menteri yang dikendalikan oleh bekas Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Razlan Rafii masih beroperasi.

Razlan dalam Twitternya menulis, akaun sumbangan Belia Berkhidmat untuk Tabung Solidariti Najib masih beroperasi seperti biasa, tidak dibekukan, malah akan dibuka sehingga jam 12 tengah hari Isnin nanti.

Setakat jam 5 petang semalam, dana itu telah mengumpul derma berjumlah RM223,908.

Derma itu bertujuan membantu Najib membayar baki wang ikat jamin berjumlah RM500,000 pada Isnin ini. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]