IKLAN BISNES ANDA DI PAHANG DAILY ONLINE (PDO) SEKARANG !!

Andansura: PAS Beserah Fokus Isu Infrastruktur Dan Birokrasi !


KUANTAN - Infrastruktur, kerenah birokrasi dalam proses hak milik dan penjualan hartanah serta banteras judi haram, antara yang menjadi fokus perjuangan di DUN Beserah di sini.

ADUN Beserah, Andansura Rabu berkata, selepas diberi mandat dan kepercayaan rakyat selama dua penggal berturut-turut, beliau akan memastikan ketiga-tiga perkara itu diselesaikan secara holistik.

“Alhamdulillah ALLAH beri peluang saya jadi wakil rakyat penggal kedua. Fokus perjuangan saya adalah cakna, mesra dan berkebajikan.. itulah keutamaan saya.

“Dalam isu pemilikan tanah. Penduduk Beserah dah duduk sini sehingga 40 puluh tahun namun permohonan hak milik tanah masih belum mendapat kelulusan.

“Kita akan cuba selesaikan secepat mungkin,” katanya.

Andansura berkata, beliau juga akan memastikan karenah birokrasi dalam proses penjualan dan permohonan hak milik hartanah yang lambat akan diselesaikan dengan segera.

“Sebelum ini ambil masa 18 hingga 20 bulan. Ini menjadi rungutan rakyat kerana birokrasi ini menyekat perancangan rakyat dan apa yang perlu dibuat seterusnya.

“Kita akan berusaha cari jalan penyelesaiannya,” katanya.

Selain itu, perkara lain yang akan diberi keutamaan adalah membanteras judi haram kini tumbuh dengan banyak.

Menurutnya tindakan penguatkuasaan telah banyak diambil namun ia tetap muncul semula dan pihaknya akan terus mencari solusi dan perhatian sewajarnya. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]