IKLAN BISNES ANDA DI PAHANG DAILY ONLINE (PDO) SEKARANG !!

Bekas ADUN Chenor Kunjungi Najib, Rosmah Di Kediamannya


KUALA LUMPUR: Mantan Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang kawasan DUN Chenor,  Dato Haji Arifin Ismail  telah meluangkan masa mengunjungi mantan Perdana Menteri dan Presiden UMNO,  Dato' Sri Najib Tun Razak dan Datin Sri Rosmah Mansor di kediaman mereka dekat sini semalam.

Turut bersama beliau ialah Dato' Wan Kadri Wan Mahussin (Bukit Ibam), Dato' Wan Salman Wan Ismail (Jengka) dan Nurhidayah Shahaimi (Luit). Kesemua mereka kecuali Wan Kadri,  tewas pada Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu



Menurut kenyataan mantan ADUN Chenor, kunjungan tersebut adalah sebagai tanda kasih dan menyatakan sokongan dan solidariti kepada Dato' Sri Najib Tun Razak disaat beliau mendepani ujian getir ini. Disamping itu mereka juga menyampaikan ucapan penghargaan dan terima kasih kerana kepercayaan dipilih mewakili BN pada PRU13 yang lalu. 

"Sepanjang satu jam lebih bersama, kami dapat meyelami rasa hati Dato' Sri Najib Tun Razak dan isteri disaat ini dan saya amat terharu mendekati susuk wajah beliau, seorang insan yang dikurniakan Allah terlalu baik dan cukup tinggi kesabarannya.. Semoga Allah melindungi beliau dan keluarga dari segala kesukaran dan angkara murka"

"Begitulah pertemuan kami yang tidak dirancang dengan seorang insan yang cukup besar khidmat dan jasanya kepada Agama dan Negara bangsa. Diakhir pertemuan sempat kami berkongsi ingatan pujangga "Buat Baik berpada pada " dan dalam perjalanan hidup ini beringatlah " Kawan ketawa mudah dicari, Kawan menangis sukar didapati," kata kenyataan di facebook beliau hari ini. #PDO

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]