SELAMAT ULANGT HARI ULANG TAHUN KE-10 PAHANG DAILY ONLINE (31/8/2008 - 31/8/2018)

[IKLANEKA SAIZ 468X60 PIXEL | RM100 SEBULAN | SILA WHATSAPP SINI]





Bekas Pegawai Daerah Rugi RM30,000 Di Tipu Lelaki Mualaf !


BENTONG: Seorang bekas pegawai daerah bergelar "Datuk" kerugian lebih RM30,000 selepas terpedaya dengan pujukan seorang mualaf mendakwa dirinya dibuang keluarga sebaik memeluk Islam.

Mangsa berusia 60 tahun itu turut kehilangan sebuah kereta yang bernilai lebih RM20,000.

Mangsa yang enggan dikenali berkata, kejadian itu bermula selepas dia bertemu dengan mualaf itu yang berumur 34 tahun pada Syawal Ke-2 (16 Jun) lalu.

Katanya, ketika itu dia berhenti di sebuah masjid di Kuantan untuk menunaikan solat dan berkenalan dengan mualaf itu yang mendakwa anak kepada seseorang bergelar Datuk dan anak angkat seorang Tan Sri.

Menurutnya, lelaki berkenaan meminta bantuannya untuk mengikuti pengajian mendalami Islam bagi mualaf di Kelantan.

"Dia meminta sedikit wang dan mahu meminjam kereta. Saya pelik kerana termakan dengan pujukannya yang mendakwa baru dihalau oleh ibu bapanya kerana memeluk Islam selepas melihat gambar dia sedang bersolat di sebuah masjid.

"Sehinggalah 1 Julai lalu, saya sedar ditipu selepas dia berdolak dalik untuk membayar balik wang pinjaman dan juga memulangkan kereta," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Katanya, sebelum itu lelaki itu juga pernah ke rumahnya untuk meminjam kereta kononnya mahu ke mahkamah bagi menyelesaikan masalah pembahagian harta.

Menurutnya, dalam tempoh berkenaan dia seperti 'terpukau' apabila lebih 10 kali memasukkan duit kepada suspek kerana terlalu mempercayainya.

"Saya membuat laporan polis pada Selasa lalu (3 Julai) dan berharap kes ini dapat diselesaikan.

"Diharapkan dia ditangkap segera kerana saya dapat tahu ini bukan kali pertama dia memperdaya orang," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Yusof Unis mengesahkan menerima laporan kes itu yang disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]