[IKLANEKA SAIZ 468X60 PIXEL | RM100 SEBULAN | SILA WHATSAPP SINI]



Fahmi Fadzil: Henti Sebar Kenyataan Palsu Konon Dari Anwar !


KUALA LUMPUR: Pengarah Komunikasi KEADILAN Fahmi Fadzil menggesa orang ramai berhenti menyebarkan kenyataan palsu yang kononnya daripada Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Fahmi yang juga ahli Parlimen Lembah Pantai membuat pengesahan sendiri dengan Anwar tentang kesahihan kenyataan tersebut.

“Saya menerima aduan tentang satu kenyataan yang sedang disebar sejak semalam (26 Julai 2018), di mana kenyataan itu bermula seperti berikut:

“NAH…

INI AMARAN DARI DS ANWAR IBRAHIM.”

“Teks tersebut membuat petikan ucapan yang kononnya daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan kecekapan tadbir urus kerajaan baharu Pakatan Harapan.

“Setelah mendapat pengesahan dari DS Anwar, saya ingin memaklumkan bahawa isi kandungan teks yang disebar itu adalah tidak benar, palsu, dan berniat mengelirukan orang ramai. 

“Saya menggesa orang ramai agar tidak menyebarkan teks tersebut,” kenyataan Fahmi dipetik. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]