IKLAN BISNES ANDA DI PAHANG DAILY ONLINE (PDO) SEKARANG !!

Fuziah: Pelantikan Richard Bukti Harapan Tiada Diskriminasi !


KUANTAN - Pelantikan Ketua Hakim Negara bukan dalam kalangan  Islam dan Melayu tidak menyalahi peruntukan Perlembagaan Negara malah membuktikan kerajaan tiada diskriminasi kaum

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh berkata, pelantikan Tan Sri Richard Malanjum berdasarkan kelayakan dari segi merit dan perlembagaan serta pengalamannya dalam bidang kehakiman.


Fuziah turut menafikan pendapat bahawa kedudukan Islam dan Melayu akan terjejas dengan pelantikan Peguam Negara dalam kalangan bukan Muslim.


“Pelantikan hakim dibuat mengikut merit, tanpa mengira bangsa atau agama. Jangan terperangkap dengan pemerintah pentadbiran lama. Kerajaan terdahulu menggunakan pembahagian kaum seperti kalau orang melayu mesti melayu sahaja.

“Pelantikan Tan Sri Richard Malanjum sebagai Ketua Hakim Negara, Liew Vui Keong sebagai menteri undang-undang dan Tommy Thomas sebagai peguam negara semuanya dipilih berdasarkan merit dan mereka paling layak.

"Tiada diskriminasi kaum. Kita harap rakyat berfikiran ke hadapan kerana ini Malaysia Baharu,” katanya dalam sidang media ketika ditemui pada Taman Perindustrian Malaysia China Kuantan (MCKIP) di sini, semalam.


Bercakap mengenai kejadian rusuhan di MKCIP, malam kelmarin yang mengakibatkan pergaduhan, beliau berkata perkara itu berlaku akibat salah faham antara penduduk tempatan dan pekerja asing di kawasan itu.

Fuziah berkata, beliau sudah meneliti dua repot polis  dan berpendapat  perkara berkenaan berlaku kerana salah faham.

“Pergaduhan itu disebabkan salah faham. Dikatakan ada orang tempatan maut dan perkara ini disebarkan melalui Facebook. Perkara  menimbulkan provokasi di antara masyarakat tempatan.

“Saya nasihatkan supaya kurangkan sikap salah faham antara satu sama lain terutaman membabitkan pekerja di sini. Saya harap perkara ini tidak berlaku lagi,”katanya. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]