SELAMAT ULANGT HARI ULANG TAHUN KE-10 PAHANG DAILY ONLINE (31/8/2008 - 31/8/2018)

[IKLANEKA SAIZ 468X60 PIXEL | RM100 SEBULAN | SILA WHATSAPP SINI]





Fuziah Salleh: Kerajaan Tidak Bercadang Memansuhkan JAKIM


KUANTAN - Kerajaan tidak bercadang memansuhkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebaliknya usaha masih di peringkat perbincangan untuk memperkasakan fungsi agensi itu.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Fuziah Salleh berkata, masih terdapat salah faham bahawa kerajaan memansuhkan jabatan itu selepas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memberitahu akan dikaji semula.


Katanya, kaji semula tidak bermakna dimansuhkan, usaha kini sedang dilakukan bagaimana memperkasakan kuasa Jakim terhadap beberapa organisasi berkaitan hal ehwal Islam.


“Setakat ini tidak ada usaha daripada JPM untuk memansuhkan Jakim dan itu merupakan salah faham masyarakat apabila Tun Mahathir kata akan lihat semula fungsinya.


“Kenyataan Perdana Menteri itu dilihat sebagai salah tafsir memansuhkan Jakim. Tetapi apabila saya berada di sini, saya lihat visi kepada JPM bahawa lebih kepada memperkukuhkan jabatan ini, sistemnya dan kuasanya,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Persatuan Kebajikan Ukhwah dan Silaturahim Pahang di Dewan Seri Mentiga, Perkampungan Sungai Isap 2, hari ini.


Fuziah yang juga Ahli Parlimen Kuantan berkata, beliau hairan bagaimana Jakim, sebuah jabatan induk tidak mempunyai kuasa ke atas Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) dan Jabatan Kehakiman Syariah.


“Kalau Jakim itu dilihat sebagai sekretariat, ia mesti berada di atas, bukan di bawah atau bukan sama taraf tetapi tidak mempunyai kuasa.

“Jadi, dalam kajian semula ini kita mahu Jakim berfungsi lebih kepada memberi kuasa kepada hakim, bukan untuk mansuh. Ia untuk memartabatkan dan memperkasa jabatan ini,” katanya.

Beliau bagaimanapun menjelaskan, perkara itu belum dimuktamadkan lagi dan masih di peringkat perbincangan kerana ia turut melibatkan kuasa raja.

“Kita akan sembahkan mengikut acuan kita dan kita perlukan sedikit masa untuk kuatkan struktur yang benar-benar boleh memperkasakan Jakim dan hal ehwal Islam,” katanya. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]