SELAMAT ULANGT HARI ULANG TAHUN KE-10 PAHANG DAILY ONLINE (31/8/2008 - 31/8/2018)

[IKLANEKA SAIZ 468X60 PIXEL | RM100 SEBULAN | SILA WHATSAPP SINI]





Insiden Merusuh MCKIP Gebeng, Tiga Cedera Satu Patah Kaki !


KUANTAN - Empat pengawal keselamatan warga China cedera termasuk seorang patah kaki dalam kejadian pukul dan rusuh di Taman Perindustrian Malaysia-China Kuantan (MCKIP), Gebeng, malam tadi.

Ketua Polis Kuantan, Asisten Komisioner Mohammad Noor Yusuf Ali berkata, dalam kejadian kira kira jam 10 malam itu kecederaan itu akibat  serangan membabitkan sekumpulan 50 hingga 60 lelaki di kawasan tersebut.

Menurutnya, rusuhan dikatakan berlaku susulan tular di media sosial berkenaan satu berita melibatkan seorang pemandu lori  yang kononnya dipukul oleh pengawal keselamatan di situ.

Turut ditularkan ialah berita kononnya pekerja dari Tanah Besar China juga telah mati dipukul.

"Polis percaya ia bermotifkan dendam berhubung berita palsu pemandu lori dipukul yang tular  itu. Justeru pihak polis ingin menegaskan bahawa berita itu tidak benar dan tidak ada kematian seperti didakwa," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan, petang tadi. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]