IKLAN BISNES ANDA DI PAHANG DAILY ONLINE (PDO) SEKARANG !!

Jho Low Di Percayai Guna Pasport Negara Saint Kitts and Nevis


KUALA LUMPUR - Ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low dipercayai bergerak dengan menggunakan pasport negara Saint Kitts and Nevis yang terletak di kepulauan Caribbean, kata Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali.

"Mengenai Jho Low tentunya kita bekerjasama dengan pihak polis. Pasport (Malaysia) dia kita dah batalkan pada 15 Jun (lepas) atas permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

"... dan kita percaya yang dia telah menggunakan pasport satu lagi iaitu Saint Kitts and Nevis untuk pergerakan-pergerakan  yang lain," katanya kepada Bernama dan NSTP di Menara Ilham di sini, hari ini.

Ditanya tentang sejauh mana ahli perniagaan itu mampu bergerak menggunakan pasport tersebut, beliau  berkata ia 'bergantung'.

Mustafar turut menegaskan pihaknya tidak ada maklumat lanjut dan menunggu perkembangan seterusnya daripada polis.

Menurut laporan media, pasukan Polis Diraja Malaysia yang menjejaki Jho Low di Hong Kong mendapati ahli perniagaan itu sudah melarikan diri ke Macau. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]