SELAMAT ULANGT HARI ULANG TAHUN KE-10 PAHANG DAILY ONLINE (31/8/2008 - 31/8/2018)

[IKLANEKA SAIZ 468X60 PIXEL | RM100 SEBULAN | SILA WHATSAPP SINI]





KDPJ Sasar 2,000 Penyertaan Rebut Wang Tunai RM20,000 !


PEKAN – Pertandingan memancing anjuran Kelab Komuniti Dun Peramu Jaya (KDPJ) pada Ahad depan (5 Ogos) dijangka mendapat sambutan meriah dengan mensasarkan lebih 2000 penyertaan.

Presiden KDPJ, Datuk Syed Mohammad Faiz Azemmant berkata, pemilihan kawasan Pantai Serandu adalah disebabkan faktor kedudukannya yang amat strategik dan menarik.

Menurutnya, keindahan dan tumpuan orang ramai di kawasan pantai tersebut mampu menarik ramai pengunjung sekaligus mempromosikan kawasan ini sebagai salah sebuah lokasi pelancongan yang menarik di daerah ini.

“Ramai yang datang untuk memancing, mengambil gambar serta berekreasi bersama keluarga kerana keistimewaan lokasi ini .

"Pantai ini juga terkenal di kalangan kaki pancing dari luar yang mencari lokasi untuk melayan hobi mereka sekaligus merebut peluang memenangi hadiah lumayan yang disediakan.

“Hadiah wang tunai bernilai hampir RM 50 000 disediakan bagi semua pemenang yang menduduki tempat pertama hingga 70 selain 10 cabutan bertuah yang turut menawarkan hadian wang tunai dan 20 cabutan hamper,” katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Syed Faiz berkata,hadiah bagi juara ialah wang tunai sebanyak RM20,000 selain hadiah ‘gila-gila’ iaitu jumlah wang yang tidak kurang lumayan bagi mereka yang berada di tempat kedua hingga keempat.

“Pendaftaran telah mula dibuka di mana yuran sebanyak RM 80 dikenakan untuk satu joran dua mata kail dan 300 peserta terawal mendaftar akan mendapat t-shirt istimewa secara percuma.

“Maklumat lanjut serta pertanyaan berkaitan pertandingan ini boleh menghubungi Syed Abd Rahman Syed Hamid (0139023626) atau di banting-banting yang digantung sekitar daerah serta risalah yang diedarkan kepada orang ramai,” katanya. #PDO

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]