SELAMAT ULANGT HARI ULANG TAHUN KE-10 PAHANG DAILY ONLINE (31/8/2008 - 31/8/2018)

[IKLANEKA SAIZ 468X60 PIXEL | RM100 SEBULAN | SILA WHATSAPP SINI]





Kerajaan Di Gesa Perkasakan Pusat Tahfiz, Bukannya Tutup !


AYER KEROH: Pertubuhan Alumni Maahad Tahfiz Negeri Melaka (PAMTNM) mahu kerajaan tidak melayan sebarang cadangan yang boleh membawa kepada hilangnya syafaat al-Quran dalam kehidupan rakyat di negara ini.

Pengerusinya, Mohd Zuhairee Mohd Yatim, berkata ini kerana syafaat dan fadilat yang dibawa oleh pembaca serta penghafal kitab suci itu bukan saja dapat dirasai ketika hidup, tetapi juga mampu menjadi pembimbing ketika menghadap Allah SWT di akhirat kelak.

Sehubungan itu, katanya, usaha penubuhan pusat tahfiz yang kebanyakan disertai kanak-kanak serta orang muda adalah sebagai langkah menambah ahli Quran di negara ini, sekali gus dapat melaksanakan fardu kifayah serta sunah Nabi Muhammad SAW.

"Saya rasa amat terkilan apabila ada pihak yang cuba memperlekehkan peranan pusat tahfiz yang sebelum ini banyak melahirkan golongan pembawa al-Quran di negara ini, malah sebahagian besar daripada mereka sudah berjaya menjadi pendakwah di seluruh dunia.

"Sehubungan itu, cadangan untuk menutup pusat tahfiz itu adalah sangat tidak wajar. Ia perlu diperkasakan lagi sehingga setiap keluarga Islam di negara ini mempunyai sekurang-kurangnya seorang penghafaz al-Quran," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin baru-baru ini menyarankan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa menutup sekolah tahfiz sebagai usaha membawa keluar umat Islam daripada 'amalan agama jumud'.

Zainuddin dalam blognya berkata, langkah itu perlu diambil kerana semua sekolah tahfiz di negara ini dilihat tidak memberikan harapan masa depan kepada generasi baharu Islam.

Mengulas lanjut, Mohd Zuhairee yang juga Imam Kanan Masjid Wilayah Persekutuan berharap kerajaan menambah lagi peruntukan kepada semua pusat tahfiz yang berdaftar bagi membolehkan pengajian berkenaan diperkasakan.

"Saya yakin kerajaan pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad mampu memperkasakan lagi syiar Islam di negara ini dengan menambah peruntukan bagi aspek keagamaan, termasuk pembangunan sekolah tahfiz," katanya. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]