SELAMAT ULANGT HARI ULANG TAHUN KE-10 PAHANG DAILY ONLINE (31/8/2008 - 31/8/2018)

[IKLANEKA SAIZ 468X60 PIXEL | RM100 SEBULAN | SILA WHATSAPP SINI]





Kerajaan Pahang Struktur Semula PAIP Bagi Kurangkan Hutang


KUANTAN: Kerajaan Negeri Pahang akan melakukan penstrukturan syarikat Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) menjelang hujung tahun ini dalam usaha untuk mengurangkan hutang dengan kerajaan persekutuan berjumlah RM3.2 billion.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Muhammad Safian Ismail berkata, penstrukturan semula syarikat bekalan air negeri itu akan membolehkan hutang RM2.2 bilion dari jumjlah tersebut dengan Kerajaan Pusat dilupuskan dan bertukar status sebagai geran atau peruntukan.

"Kita (kerajaan negeri) tiada masalah hendak membayarnya kerana daripada jumlah itu RM2.2 bilion adalah bayaran berkaitan bekalan air dan apabila penstrukturan semula dilakukan, ia akan dilupuskan."

"Saya diberi tanggungjawab untuk mengetuai rundingan dengan Kerajaan Pusat dan penstrukturan semula PAIP mungkin dapat muktamadkan menjelang penghujung tahun ini," katanya di sini.

Mengulas lanjut, Muhammad Safian berkata, baki RM 1 bilion hutang berkenaan akan diselesaikan secara berperingkat termasuk menerusi proses rundingan dengan Kerajaan Pusat bagi melupuskan sebilangan daripadanya atas beberapa faktor.

"Baki hutang itu adalah perlaksanakan projek perumahan awam kos rendah dan ramai tidak membayarnya," katanya. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]