IKLAN BISNES ANDA DI PAHANG DAILY ONLINE (PDO) SEKARANG !!

Kerajaan Sedang Meninjau Untuk Batalkan Empat Kontrak IPP


PUTRAJAYA - Kerajaan sedang meninjau membatalkan empat kontrak baharu Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) yang diluluskan oleh kerajaan terdahulu, kata Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar, Yeo Bee Yin (foto).

Tanpa menjelaskan butiran mengenai syarikat terbabit, beliau berkata, satu daripada IPP berkenaan adalah syarikat senarai awam.

Yeo berkata, empat lagi kontrak IPP, yang juga adalah projek baharu, akan disemak semula untuk memastikan daya maju serta kos yang terbabit, tanpa sebarang kesan teknikal, kewangan dan undang-undang.

“Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad) mencadangkan lapan IPP ini yang dianugerahkan melalui rundingan terus akan disemak semula. Empat yang akan dibatalkan adalah projek berisiko rendah dan kita tidak memerlukannya selepas siasatan menyeluruh mengenai implikasi berkenaan,” katanya selepas menghadiri sesi town hall (dialog awam) dengan industri tenaga diperbaharui di sini, hari ini.  

Yeo berkata, pada masa ini, terdapat lebih 30 kontrak IPP di seluruh negara dan menambah bahawa, kementerian sedang menyemak semula kontrak IPP lain juga.

Katanya, kementerian juga mengkaji cara untuk meningkatkan daya saing dalam kalangan pemain industri untuk menjana kuasa bagi mengawal kos elektrik di negara ini.

“Bekalan tenaga negara mengalami lebihan sebanyak 30 peratus dan kami ingin mengkaji bagaimana untuk membangunkan industri tenaga baharu yang berpusat di sekitar tenaga diperbaharui, bukannya terlalu bergantung kepada tenaga arang batu.

Ini sebabnya kenapa tenaga diperbaharui adalah sesuatu yang kerajaan ingin untuk maju ke hadapan, bagi menjana pertumbuhan tenaga juga membentuk lebih banyak peluang pekerjaan,” katanya. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]