IKLAN BISNES ANDA DI PAHANG DAILY ONLINE (PDO) SEKARANG !!

KPN Nafi Polis Biayai Perkahwinan Anak Perempuan Beliau !


PETALING JAYA: Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamed Fuzi Harun menolak sebuah artikel Sarawak Report yang membayangkan pasukan polis membiayai kos perjalanan pegawai tinggi polis dari negara jiran ke majlis perkahwinan anak perempuan beliau baru-baru ini.

Beliau memberitahu Star Online, hanya rakan sejawatannya dari negara Brunei menghadiri majlis perkahwinan yang diadakan di sebuah hotel di sini pada 1 Julai lepas.

Fuzi berkata, beliau mengalu-alukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan tersebut.
“Saya menghampiri umur berpencen dan mempunyai simpanan mencukupi untuk belanja perkahwinan anak saya.
“Tidak ada apa-apa yang hendak disembunyikan,” katanya.

“Tiada wang daripada kerajaan atau PDRM digunakan untuk membayar kos perkahwinan atau perjalanan mana-mana tetamu saya.”

Fuzi berkata beliau kini menimbangkan tindakan undang-undang terhadap Sarawak Report. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]