IKLAN BISNES ANDA DI PAHANG DAILY ONLINE (PDO) SEKARANG !!

Kulasegaran Mohon Maaf Atas Ucapan Kontroversi "Pendatang"


PUTRAJAYA - Menteri Sumber Manusia, M. Kulasegaran hari ini memohon maaf atas ucapan beliau di Nilai minggu lepas yang telah mencetuskan kontroversi di media.

Beliau berkata, ucapan beliau itu telah disalah fahami seolah-olah beliau merujuk perkataan 'pendatang' kepada mereka yang permohonan mereka dipulangkan semula kepada pemohon itu.


"Saya dengan ini memohon maaf kepada mereka yang tersinggung dengan perkataan yang telah saya ucapkan itu dan saya menarik balik perkataan yang menyingung perasaan itu.

"Perkataan boleh mempunyai makna yang berbeza-beza jika diucapkan dalam bahasa yang berbeza-beza pula, misalnya apabila saya mengucapkannya dalam bahasa Tamil," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menegaskan, beliau bukan seseorang yang suka mencetuskan kontroversi sebelum ini, baik dalam isu perkauman mahupun isu agama dan beliau berikrar akan mempertahankan perlembagaan negara.

Untuk menghentikan perbahasan mengenai ucapan saya di Nilai minggu lepas, maka saya memutuskan untuk memohon maaf dan menarik balik perkataan itu untuk mengelakkan kontroversi ini menjadi lebih buruk," kata beliau. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]