IKLAN BISNES ANDA DI PAHANG DAILY ONLINE (PDO) SEKARANG !!

Lelaki Potong Zakar Rakan Sendiri Kerana Cuba Goda Isterinya


RATCHABURI, Thailand – Seorang lelaki bertindak memotong zakar sahabatnya sebelum diberi makan kepada anjing selepas mendakwa mangsa cuba menggoda isterinya.
Sebelum insiden berlaku, mangsa, Suwit Tipjantha, 39, dilaporkan minum minuman keras di rumah Permsak Petprasert, 50, bersama seorang lagi rakan pada malam Sabtu lalu.
Sebaik mereka menghabiskan minuman itu, Permsak dan rakan ketiga keluar ke kedai lalu meninggalkan Suwit bersama isterinya, Tin, 52, di rumah.
Mangsa, seorang tukang cat bas, didakwa cuba menggoda Tin yang sedang tidur dengan menyentuh lengannya.
Tin bangun lalu lari keluar rumah dan menjerit meminta bantuan. Kejadian itu sempat disaksikan oleh suaminya yang kebetulan baru tiba di rumah.
Permsak menjadi berang lalu memukul Suwit dengan tukul dan kemudian mengerat zakar mangsa menggunakan sebilah pisau pemotong buah. Dia menceritakan kepada polis mengenai perbuatan itu.
Mangsa yang pengsan sedar keesokan hari di wad Hospital Baan Pong di sini tetapi gagal mengingati kejadian yang menyebabkan dia kehilangan alat sulitnya.
Pasukan forensik yang melakukan pencarian gagal menemui alat sulit mangsa dan dipercayai telah dimakan anjing. Sementara Permsak kini berdepan hukuman penjara enam bulan hingga 10 tahun jika didapati bersalah. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]