SELAMAT ULANGT HARI ULANG TAHUN KE-10 PAHANG DAILY ONLINE (31/8/2008 - 31/8/2018)

[IKLANEKA SAIZ 468X60 PIXEL | RM100 SEBULAN | SILA WHATSAPP SINI]





Liew: Pelantikan Peguam Negara, Tommy Thomas Adalah Sah


SANDAKAN: Pelantikan Peguam Negara tidak perlu dipertikaikan kerana ia adalah sah mengikut undang-undang selepas diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong, berkata sehubungan itu tidak timbul isu untuk memecat Tommy Thomas kerana semua aspek sudah diambil kira oleh kerajaan.

"Pelantikan Peguam Negara sudah dibuat oleh kerajaan diketuai Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan sudah diperkenankan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhamad V.

"Dari segi undang-undang, ia sudahpun disahkan dan yang paling penting, Yang di-Pertuan Agong berkenan dan menerima pelantikan itu," katanya ketika ditemui pemberita pada program Kaunter Bergerak Ahli Parlimen Batu Sapi, di Pasar Bandar Ramai-Ramai, di sini, hari ini.

Vui Keong berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai petisyen dalam talian yang meminta Tommy dipecat.

Rabu lalu, seorang individu dikenali sebagai Fyizuddin Jaafar membuat petisyen berkenaan menerusi laman change.org bagi menggesa Yang di-Pertuan Agong memecat Tommy kerana kelemahannya bertutur dalam bahasa Melayu.

Mengenai kaunter bergerak itu yang dilancarkan sejak tiga minggu lalu, Vui Keong yang juga Ahli Parlimen Batu Sapi, berkata selain isu berkaitan masalah longkang, bekalan air dan elektrik, sebahagian besar aduan diterima membabitkan permohonan bantuan kebajikan warga tua, permohonan kewarganegaraan dan tanah.

Katanya, ramai warga tua yang datang mengemukakan masalah berkaitan pembayaran bantuan kebajikan yang dihentikan dan kesukaran untuk berurusan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat disebabkan masalah bahasa.

"Ada juga yang datang kerana masalah untuk mendapatkan kewarganegaraan anak disebabkan anak lahir sebelum berkahwin, selain yang datang sudah mohon kewarganegaraan bertahun-tahun, namun belum dapat kelulusan.

"Kita akan pastikan semua aduan diterima dapat dikendalikan secepat mungkin dalam tempoh 100 hari. Semua aduan berkenaan kita majukan kepada agensi bertanggungjawab," katanya. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]