SELAMAT ULANGT HARI ULANG TAHUN KE-10 PAHANG DAILY ONLINE (31/8/2008 - 31/8/2018)

[IKLANEKA SAIZ 468X60 PIXEL | RM100 SEBULAN | SILA WHATSAPP SINI]





Lim Kit Siang: Najib Perlu Dedah Pertemuan Dengan Jho Low !


KUALA LUMPUR - Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak didesak untuk mendedahkan isi perbincangan ketika pertemuannya dengan ahli perniagaan kontroversi, Jho Low selepas Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat memfailkan tindakan undang-undang kleptokrasi pada Julai 2016.

Gesaan tersebut disuarakan oleh Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang kepada Najib sekiranya bekas perdana menteri itu masih percaya kepada ketelusan dan kebertanggungjawaban.

“Beritahu orang ramai dan nyatakan isi perbincangan serta keadaan pertemuan itu antara Najib dan Jho Low,” katanya memetik laporan Malaysiakini.

Kit Siang yang juga pemimpin veteran DAP turut mempersoalkan sekiranya Ahli Parlimen Pekan itu ada bertanyakan kepada Jho Low mengenai kapal persiaran mewah, The Equanimity ketika pertemuan itu.

“Adakah beliau (Najib) bertanya Jho Low mengenai The Equanimity yang telah menjadi berita antarabangsa?,” soal Kit Siang.

Kit Siang juga bertanyakan soalan siapa menggunakan siapa dalam skandal ‘lombong emas’ 1MDB.

“Najib atau Jho Low? Atau ini suatu usaha sama oleh kedua-dua mereka?,” soal beliau. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]