[IKLANEKA SAIZ 468X60 PIXEL | RM100 SEBULAN | SILA WHATSAPP SINI]



Lokman Adam Pertikai SPR Arah Sepanduk BN Di Turunkan !


KLANG - Calon BN bagi kerusi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, Datuk Lokman Noor Adam mempersoalkan tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mengarahkan sepanduk kempen parti itu diturunkan secepat mungkin hari ini.

Beliau berkata pihaknya menerima arahan itu daripada SPR pagi ini atas alasan paparan isi kandungan sepanduk berkenaaan menimbulkan rasa kurang selesa' kepada orang lain.

"Semasa kempen PRU14, kerajaan sebelum ini tidak pernah mengarahkan jentera PH menurunkan sepanduk mereka yang memaparkan manifesto gabungan parti itu," katanya kepada pemberita selepas jelajah kempennya di Taman Setia, Johan Setia, di sini hari ini.

Maka kali ini, beliau berkata, pihaknya juga tidak akan mencabut atau menanggalkan mana-mana sepanduk kempen BN kerana ia jelas tidak memutarbelitkan fakta mahupun mempunyai unsur fitnah kepada kerajaan baharu.

Lokman Noor dalam pada itu menggesa SPR mengeluarkan surat rasmi berhubung arahan tersebut secepat mungkin atau pihaknya akan membawa perkara tersebut ke mahkamah. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]