IKLAN BISNES ANDA DI PAHANG DAILY ONLINE (PDO) SEKARANG !!

Lokman Noor Adam Tunjukkan Bukti Akaun Cucu Najib Di Beku


KUALA LUMPUR - Pengerusi Pemantau Kerajaan Malaysia Baharu, Datuk Lokman Noor Adam  mempertahankan dakwaan bahawa akaun cucu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Adam Razak turut dibekukan meskipun dinafikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Lokman turut menyelar tindakan tersebut, menunjukkan dokumen pengesahan bahawa akaun tersebut dibekukan kepada pihak media.

 "Sepatutnya SPRM jalankan siasatan terperinci dan kenalpasti seseorang yang terlibat sebelum beku akaun,"katanya.

Beliau mendakwa selain akaun cucu Najib, tiga akaun anak Najib turut dibekukan iaitu akaun milik anak sulung Najib iaitu, Norlisa, Nooryana Najwa dan Norashman.

"Norlisa menghidap kanser tahap empat. Tindakan beku akaun bank beliau tidak wajar dan membebankan ketika beliau perlu menjalani rawatan kimoterapi dan sebagainya,"katanya.

Beliau mendakwa selain akaun cucu Najib, tiga akaun anak Najib turut dibekukan iaitu akaun milik anak sulung Najib iaitu, Norlisa, Nooryana Najwa dan Norashman.

"Norlisa menghidap kanser tahap empat. Tindakan beku akaun bank beliau tidak wajar dan membebankan ketika beliau perlu menjalani rawatan kimoterapi dan sebagainya,"katanya. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]