[IKLANEKA SAIZ 468X60 PIXEL | RM100 SEBULAN | SILA WHATSAPP SINI]



MB Pahang Harap, Kerajaan Pusat Membina Hospital Maran


KUANTAN - Menteri Besar Pahang berharap  projek pembinaan Hospital Maran yang dirancang sejak 2009 akan diteruskan Kerajaan Persekutuan.

Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, projek tersebut amat bermanfaat kepada lebih 130,000 penduduk daerah Maran dan sekitarnya.


Menurutnya, pembinaan hospital akan menyelesaikan masalah keperluan penduduk daerah Maran yang sebelum ini terpaksa mendapatkan rawatan di hospital lain seperti di Temerloh dan Bandar Pusat Jengka.


"Untuk itu peskit memerlukan banyak perbelanjaan dari segi jarak dan masa.

"Bagi membina sesebuah hospital melibatkan banyak isu teknikal dan sebagainya. Justeru saya berharap kerajaan pusat akan meneruskan projek yang telah dirancang ini.

"Ia memudahkan penduduk bandar tersebut kerana jarak ke hospital lebih dekat. Bandar Maran berstatus pusat pentadbiran memerlukan  hospital moden sebagai pemangkin kepada usaha  merancakkan lagi aktiviti ekonomi penduduk," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Sambutan Aidilfitri di Bangunan Persekutuan, di sini, pagi tadi. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]