[IKLANEKA SAIZ 468X60 PIXEL | RM100 SEBULAN | SILA WHATSAPP SINI]



Menteri Pertahanan Lalui Penerbangan Naiki Jet Sukhoi Su-30 !


KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu semalam berpeluang terbang dengan jet pejuang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Sukhoi Su-30 yang juga penerbangan pertamanya sejak mengangkat sumpah Mei lalu.

Dalam catatan di Facebook rasminya, Mohamad berkata: " Penerbangan pesawat pejuang TUDM bersama dengan juruterbang pesawat Sukhoi Su30-MKM (M52-14), Lt Col Jasmi.

"Satu pengalaman baru hari ini," katanya.

Sementara itu, menurut Facebook TUDM, penerbangan itu dibuat ketika kunjungan rasmi ke Pangkalan Udara Gong Kedak di Kelantan.

Mohamad diiringi Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin dan timbalan Panglima TUDM, Datuk Seri Ackbal Abdul Samad.

Turut hadir, komander pangkalan udara itu, Brigadier General Datuk Suhaimi Hussain. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]