IKLAN BISNES ANDA DI PAHANG DAILY ONLINE (PDO) SEKARANG !!

Mohd Shukri Abdull Angkat Sumpah Ketua Pesuruhjaya SPRM


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mohd Shukri Abdull mengangkat sumpah jawatan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang ke-13 di hadapan Yang di Pertuan Agong, Sultan Muhammad V di Istana Negara di sini, hari ini.
Sultan Muhammad V memberi perkenan selaras dengan Seksyen 5 (7) Akta SPRM 2009 iaitu setiap Ketua Pesuruhjaya yang dilantik perlu mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong.
Pada 21 Mei lalu, baginda memperkenankan pelantikan Mohd Shukri sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM bagi tempoh dua tahun iaitu mulai 18 Mei 2018 sehingga 17 Mei 2020.
Turut hadir, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Mohamed Hanipa Maidin; Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki.
Menyertai mereka ialah Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Shamshun Baharin Mohd Jamil; Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan & Profesionalisme) SPRM, Datuk Ja'afar Mahad dan pengarah-pengarah SPRM bahagian serta negeri.
Mohd Shukri, 58, sudah berkhidmat selama 32 tahun di SPRM sebelum bersara pada 4 Oktober 2016 dengan jawatan terakhir sebagai Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM.
Beliau berkelulusan Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan (Kepujian) dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan berpengalaman luas dalam mengendalikan kes rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]