SELAMAT ULANGT HARI ULANG TAHUN KE-10 PAHANG DAILY ONLINE (31/8/2008 - 31/8/2018)

[IKLANEKA SAIZ 468X60 PIXEL | RM100 SEBULAN | SILA WHATSAPP SINI]





NGO Felda Sedia Bantu Kerajaan Selesai Isu Hutang Peneroka


KUALA LUMPUR: Majlis Permuafakatan NGO Felda (MPNF) bersedia membantu kerajaan dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dalam mencari penyelesaian isu hutang peneroka yang didakwa mencecah purata RM100,000 seorang.

Pengerusinya Mazlan Aliman berkata isu hutang peneroka itu perlu ditangani segera memandangkan ia juga antara janji manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 yang dibuat Pakatan Harapan (PH) kepada warga Felda.

"Perkara ini perlu dimulakan dengan semakan jumlah sebenar keseluruhan hutang peneroka oleh Felda...apabila dapat jumlah sebenar barulah kerajaan (PH) akan dapat laksanakan janji 100 hari (pentadbiran) mereka."

"Ini merupakan tanggungjawab Felda dan MPNF untuk sama-sama selesaikan isu hutang peneroka dan selepas janji itu ditunaikan kerajaan, satu mekanisme perlu dilaksanakan agar hutang peneroka dapat dikecilkan serta projek tanaman semula tidak lagi menjadi beban kepada mereka," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas perjumpaan pertama dengan pihak pengurusan Felda di Menara Felda, di sini, hari ini yang juga dihadiri Presiden Majlis Belia Felda Malaysia Muhammad Fadzil Hasan dan Timbalan Pengerusi Pertubuhan Suara Generasi Ke-2 Felda Jamaluddin Ahmad.

Turut hadir Pengerusi Kami Anak FELDA (KAF) Fakrurrazi Habib, Presiden Majlis Belia FELDA (MBFM), Mohd Fadzli Hassan dan Sekretariat Majlis Permuafakatan NGO FELDA, Ridhuan Esa. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]