[IKLANEKA SAIZ 468X60 PIXEL | RM100 SEBULAN | SILA WHATSAPP SINI]



PAS Pahang Gesa Polis Siasat Segera Ke Atas P Ramasamy !


KUANTAN : Pas Pahang menggesa polis menjalankan siasatan segera terhadap Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy  kerana didakwa dikaitkan  dengan kumpulan Pembebasan Harimau Tamil Ealam (LTTE) di Sri Lanka.

Pesuruhjaya Pas Pahang, Rosli Abdul Jabar berkata, siasatan perlu  kerana LTTE sudah diisytiharkan sebagai pengganas.

Menurutnya, Pas bimbang kenyataan yang dikeluarkan pemimpin itu boleh mendatangkan keadaan tidak tenang dalam negara selain menimbulkan keresahan kepada rakyat.
“Justeru kita minta polis segera jalankan  siasatan dengan telus, adil dan saksama demi kebaikan masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama ini.

‘Atas sebab itu, hari ini kami melalui  Dewan Pemuda Pas Pahang tampil membuat laporan polis agar siasatan dibuat terhadap beliau dengan segera,”katanya ketika ditemui di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di sini, petang tadi.

Turut hadir, Timbalan pesuruhjaya Pas Pahang yang juga Adun Beserah, Andansura Rabu dan Adun Panching,  Mohd Tarmizi Yahaya. #sumber

1 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

jalilnor said...

siasat dengan teruk ramasmy and the gang yg memang anti islam dan ganas ni...

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]