[IKLANEKA SAIZ 468X60 PIXEL | RM100 SEBULAN | SILA WHATSAPP SINI]



PAS & UMNO Hadir Menyokong Himpunan Kebangkitan Ummah


KUALA LUMPUR - Himpunan Kebangkitan Ummah yang berlangsung di padang Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur sebentar tadi menyaksikan dua parti Melayu, Umno dan Pas hadir memberikan sokongan.

Himpunan yang dianjurkan sekumpulan organisasi bukan kerajaan NGO itu dihadiri beberapa orang pimpinan tertinggi daripada kedua-dua parti tersebut.

Himpunan yang bermula jam 9 pagi dan berakhir jam 1.15 petang itu dihadiri Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan, Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan dan Ahli Jawatankuasa Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz.

Manakala, Umno pula, pimpinan yang hadir ialah Ahli Majlis Tertinggi Umno yang juga calon PRK Sungai Kandis, Datuk Lokman Noor Adam dan Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.



Mereka dilihat bersalaman dan berpelukan selain saling berbual memperlihatkan hubungan akrab antara pimpinan kedua-dua parti.




Mengangkat tema Malaysia Baru Pasca PRU14: Islam Melayu Terancam, memberi gambaran jelas orang Melayu perlu bersatu dan kehadiran hampir 3,000 peserta dalam himpunan tersebut memberi bayangan permulaan kepada gerakan lebih besar orang Melayu.



Ia diakui Lokman yang menegaskan, Umno dan Pas perlu bersatu dalam apa jua keadaan sekalipun, agar kepentingan Islam dan Melayu tidak terabai.



“Kalau kita berpecah dan tidak bersatu hati, yang akan menang adalah musuh Islam.

“Ini juga gambaran jelas suara rakyat yang tidak rela mereka di tindas dan tidak mahu Islam dan Melayu terabai di bumi sendiri,” katanya.

Sementara itu, Takiyuddin menyifatkan himpunan hari ini sebagai petanda kebangkitan orang Melayu yang tidak rela hak mereka ditindas.

“Ini merupakan petanda baik dengan masing-masing mengetepikan soal politik untuk hadir ke himpunan pada hari ini,” katanya. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]