[IKLANEKA SAIZ 468X60 PIXEL | RM100 SEBULAN | SILA WHATSAPP SINI]



PEKA Beriltizam Bantu Kerajaan Elak PATI 'Bermaharajalela

PEKA Beriltizam Bantu Kerajaan Elak PATI 'Bermaharajalela

KUALA LUMPUR: Isu PATI bukanlah baharu kerana kita sering mendengar rungutan yang diluahkan orang ramai sama ada dalam media massa atau media sosial.

Faktor lambakan PATI itu adalah kerana masih banyak terdapat kekosongan jawatan dalam sektor pekerjaan kotor, bahaya dan sukar (3D) yang tidak diisi oleh rakyat tempatan berikutan gaji dibayar majikan terlalu rendah.

Menurut Presiden Pertubuhan Kebajikan Kemanusiaan Antarabangsa (PEKA), Datuk Paduka Zuhairi Ab Kadir (foto), tidak hairanlah berlaku peningkatan masalah lambakan tenaga buruh tidak mahir. Kepesatan pembangunan di Malaysia, menyebabkan buruh asing menjadikan negara ini sebagai tempat utama untuk mencari sumber rezeki, namun kemasukan mereka yang terlalu banyak telah menimbulkan banyak masalah di negara kita.

Kebelakangan ini, warga asing sering mendominasi sesebuah kawasan sehinggakan masyarakat tempatan berasa tidak selesa dan bimbang untuk keluar ke tempat yang dipenuhi mereka. Kadangkala, masyarakat merasakan mereka bukan berada di negara sendiri.

Katanya lagi, terdapat juga isu warga asing yang seperti 'bermaharajalela' dan begitu mudah menjalankan perniagaan dengan menguasai kawasan tertentu seperti yang berlaku di Nilai 3, Negeri Sembilan dan di Ibu Kota Negara ini. Rata-rata perniagaan di situ dikuasai warga asing dari pelbagai negara.

"Walaupun, tidak dinafikan pihak berkuasa seperti Jabatan Imigresen dan polis telah mencuba yang terbaik untuk menangani masalah ini tetapi bilangan PATI masih tidak berkurangan dengan drastik. Ini membuktikan kaedah penguatkuasaan sedia ada tidak berkesan dan perlu diperbaiki.

"Selain itu, satu lagi masalah yang sering dikaitkan dengan PATI adalah kes jenayah. Peningkatan kes rompakan, rogol, kecurian, pecah rumah dan pembunuhan sering dikaitkan dengan warga asing.

Orang ramai masih berasa tidak selamat walaupun pelbagai langkah penguatkuasaan secara bersepadu dijalankan oleh pelbagai agensi untuk membendung kegiatan jenayah melibatkan warga asing. Katanya ketika ditemui pemberita disini.

Beliau (Zuhairi) berkata, dalam pada itu, peningkatan penyakit berbahaya seperti HIV/AIDS, batuk kering dan penyakit kelamin turut dikaitkan dengan PATI. Ini kerana hanya buruh asing mempunyai permit sah yang diwajibkan menjalani pemeriksaan kesihatan.

Perkara itu jika tidak dibendung boleh memberikan kesan cukup buruk pada jangka masa panjang. Kesan warga asing melakukan hubungan seks dengan pelacur tempatan mempercepatkan lagi jangkitan HIV/AIDS di negara ini.

"Terdapat juga produk-produk kosmetik yang dibawa masuk oleh PATI dari negara-negara jiran yang mempunyai bahan merkuri yang boleh membahayakan kulit", Ujar beliau.

Produk-produk tersebut boleh didapati dengan harga murah dan dibungkus serta dilabelkan mengikut cita rasa masing-masing tanpa memaklumkan bahan berbahaya yang terdapat dalam kosmetik berkenaan.

PEKA beriltizam akan membantu sedaya upaya pihak kerajaan dalam mengumpulkan maklumat berkaitan dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk direkod.

Kami (PEKA) bukan tidak kasihan, mereka juga manusia, perlukan tempat tinggal dan mahu bekerja, mungkin di Negara mereka tiada peluang, tetapi eloklah jika mereka memohon dokumen yang sah dari kerajaan untuk tinggal dan bekerja di Negara ini.

PEKA sering berurusan dengan buruh asing termasuk PATI sewaktu menjalankan program kebajikan dan
membantu masyarakat antarabangsa yang berada di Malaysia atau di luar Malaysia dengan menyumbang atas prinsip kemanusiaan. walaupun kita memerlukan tenaga buruh asing bagi membangunkan negara, kemasukan mereka khususnya PATI sekiranya tidak dikawal dengan sebaiknya akan menimbulkan masalah besar pada masa depan.

Pelbagai inisiatif baharu perlu diperkenalkan oleh kerajaan bagi mengimbangi masalah ini melalui Jabatan Imigresen Malaysia, polis termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam menangani kemasukan pendatang tanpa izin di negara ini". Akhirinya. #PDO

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]