IKLAN BISNES ANDA DI PAHANG DAILY ONLINE (PDO) SEKARANG !!

PEKA Gesa Majikan Beri Layanan Perikemanusiaan Dan Jaga Kebajikan Pekerja Warga Asing !


KUALA LUMPUR: Lambakan pekerja warga asing khususnya bagi memenuhi keperluan sektor pembinaan, pembuatan, perkhidmatan dan pembantu rumah diakui penting bagi melicinkan operasi ekonomi di negara ini.

Bagaimanapun harus diakui kehadiran mereka dalam jumlah yang besar menimbulkan pelbagai keresahan di kalangan rakyat tempatan khususnya berhubung isi keselamatan dan sosial.

Namun pasa masa yang sama, isu kebajikan dan layanan terhadap pekerja warga asing juga sering menjadi topik hangat yang adakalanya boleh menjejaskan hubungan diplomatik dua hala.

Menyedari hakikat itu, Pertubuhan Kebajikan Kemanusiaan Antarabangsa (PEKA) iaitu sebuah organisasi yang memperjuangkan prinsip tadbir urus yang baik, hak asasi manusia dan keadilan sosial di rantau Asean mengambil inisiatif untuk mempromosikan konsep 'perikemanusiaan' dalam isu pekerja warga asing.

Melihat isu pekerja warga asing perlu ditangani dengan berhemah, Presiden PEKA, Datuk Paduka Zuhairi Ab Kadir berkata yakin aspek kebajikan dan layanan perikemanusiaan pekerja merupakan asas paling penting dalam mewujudkan situasi 'menang-menang' dan keharmonian negara tuan rumah dan negara pengeluar tenaga kerja.

Katanya lagi, dasar pekerja warga asing di kalangan anggota negara Asean khususnya di Malaysia perlu dikaji semula dalam usaha mewujudkan suasana kerja yang baik dan selesa.

Sehubungan itu katanya, PEKA yakin penukaran istilah 'perkerja asing' kepada 'pekerja rantau' merupakan permulaan kepada usaha memulihkan pandangan orang ramai kepada tenaga kerja import itu.

"Istilah pekerja rantau berupaya memberi impak psikologi yang besar kepada orang ramai. Apatah lagi di Asean khususnya Malaysia, istilah yang lebih mesra itu boleh mengubah persepsi majikan terhadap pekerja warga asing.

"Ia juga pada masa sama boleh mengelakkan wujudnya eksploitasi terhadap perkerja warga asing," katanya kepada pemberita ketika ditemui disini.

"Tambah beliau (Zuhairi) yang banyak memperjuangkan tentang hak asasi manusia itu, pekerja asing berhak menerima layanan yang baik oleh majikan khususnya berhubung isu kebajikan mereka.

"Beliau turut mendedahkan dikalangan ahli keluarga beliau yang pernah menjadi mangsa diperdaya agensi pekerja asing luar negara dengan janji-janji manis seperti tawaran kerja dengan gaji lumayan, namun sebaliknya berlaku apabila tiba di negara luar, mereka (ahli keluarga beliau) dinafikan hak dan mendapat layanan tidak berperikemanusiaan termasuk diugut dan dihalang untuk pulang ke Malaysia.

Tambahnya lagi, beliau pula terpaksa mengeluarkan sejumlah wang untuk menuntut penghantaran pulang mereka (ahli keluarga beliau).

"Sejak dari peristiwa hitam itu saya terlibat dengan organisasi PEKA ini dan bertekad untuk bantu menegakkan keadilan mereka (pekerja asing) di negara ini untuk mendapatkan hak yang sewajarnya.

"PEKA banyak menerima aduan dari pekerja warga asing yang memperjuangkan hak mereka kerana tidak berpuas hati dengan isu layanan majikan, "ada yang tidak dibayar gaji, dipaksa bekerja lebih masa, tidak diperbaharui permit kerja, tidak dihormati apabila mahu menunaikan kewajipan agama, tidak diberi cuti, didera, diugut, dirogol termasuk salah laku jenayah lain. Dimana mereka mahu dapatkan pembelaan? Mereka (pekerja warga asing) terlalu takut dan buntu bila berdepan situasi begini.

"PEKA menasihatkan pekerja warga asing di negara ini supaya tampil mengadu isu, PEKA akan berusaha membantu dan bertindak mencari penyelesaian, mereka (pekerja warga asing) boleh menghubungi talian hotline PEKA 017-970 9999 untuk pertanyaan lanjut.

"Beliau juga menggesa dan mengingatkan agensi pekerja warga asing di negara ini dan majikan supaya bersikap bertanggungjawab apabila berperanan mengurus dan menggajikan pekerja warga asing agar tidak menimbulkan kekeruhan antara negara seratau.

"Mereka (pekerja warga asing) juga manusia, bukan robot, mereka datang ke sini mencari rezeki, mereka ada keluarga untuk disara di rumah. Bagaimana jika keluarga kita yang diperlakukan seperti itu (salah laku oleh agensi atau majikan negara luar)? Soalnya.

Menurut beliau lagi, selaras dengan peranan Malaysia sebagai tuan rumah pada Sidang Kemuncak Asean (Asean Summit) serta penubuhan Komuniti Ekonomi Asean, usaha akan terus dilakukan untuk mempromosikan konsep 'pekerja rantau' di kalangan ketua-ketua negara anggotanya.

"Kami harap inisiatif ini akan diterima baik oleh pemimpin Asean. Malah PEKA yakin Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad yang sering memperkatakan tentang pentadbiran berorientasikan rakyat juga akan bersetuju dengan konsep ini," katanya.

"Selain itu, konsep 'pekerja rantau' juga pada masa yang sama dapat mengekalkan dasar dan hubungan serantau yang baik.

Ia dapat dibuktikan apabila usaha PEKA berhubung isu pekerja asing khususnya antara Malaysia-Indonesia turut menerima sokongan pejuang hak asasi Indonesia, Azka Habid.

Pastinya ia diterima negara jiran itu, lebih-lebih lagi dengan kehadiran lebih dua juta rakyatnya mencari rezeki di tanah air ini.

"Rakan kita di Indonesia juga bersetuju dengan konsep ini, pengenalan kepada konsep pekerja rantau dilihat sebagai fasa baharu kepada isu pekerja asing antara kedua-dua negara," katanya.

Menerusi pelbagai usaha yang dirangka, PEKA berharap isu penderaan serta eksploitasi terhadap pekerja asing yang menjejaskan hubungan dua hala dapat diselesaikan segera.

Malahan, penerapan istilah pekerja rantau dan mengetepikan panggilan pekerja asing yang menjadi budaya selama ini, tentu sekali keakraban dan persefahaman akan lebih kukuh bukan sahaja antara Malaysia dengan Indonesia, tetapi juga negara sumber lain untuk tempoh jangka panjang, akhirinya. #PDO

1 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

Nonsense

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]