SELAMAT ULANGT HARI ULANG TAHUN KE-10 PAHANG DAILY ONLINE (31/8/2008 - 31/8/2018)

[IKLANEKA SAIZ 468X60 PIXEL | RM100 SEBULAN | SILA WHATSAPP SINI]





Pemuda UMNO Kuantan Lapor Polis Kenyataan P Ramasamy !


KUANTAN: Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kuantan hari ini membuat laporan polis berkenaan satu artikel yang dikeluarkan oleh dua buah portal yang dipercayai boleh menimbulkan huru hara di negara ini.

Laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan dan diketuai oleh Ketua Pemuda UMNO Kuatan, Md Jamil Pauzi.

Menurut laporan itu, portal www.malaysiakini.com bertarikh 6 julai 2018 dan juga portal Tentera Troll Kebangsaan Malaysia (ttkm.com.my) bertarikh 7 julai 2018 berkaitan kenyataan pemimpin DAP yang juga merupakan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang iaitu P Ramasamy yang mendesak kerajaan Malaysia untuk menghalau Pendakwah bebas, Dr Zakir Naik (DZN) keluar dari negara ini. 

Kenyataan P Ramasamy tersebut mempunyai unsur kebencian dan provokasi terhadap Dr.Zakir Naik dan agama Islam dan ia boleh membawa kepada perpecahan kaum dan permusuhan di antara agama di Malaysia. 


"Ini boleh menyebabkan kacau bilau yang mengganggu gugat ketenteraman dan kedaulatan negara. Sehingga kini Dr.Zakir Naik tidak pernah melakukan sebarang kesalahan jenayah di Malaysia. Malah, negara kita telah mengiktiraf ketokohan dan keilmuan Dr.Zakir Naik dengan menganugerahkan beliau sebagai Tokoh Maal Hijrah 2013 Peringkat Kebangsaan", kata kenyataan laporan tersebut yang diedarkan kepada pihak media.


Laporan polis juga dibuat terhadap blog  apakabarmalay.blogspot.com. Ini kerana 9 julai 2018 P Ramasamy dikatakan terlibat dengan kumpulan pemisah Tamil Sri Langka. Malah difahamkan beliau adalah sebahagian daripada jawatankuasa kumpulan pemerontak Harimau Pembebasan Tamil Ealam (LTTE). LTTE telah disenaraihitamkan sebagai kumpulan pengganas oleh negara US, UK dan India. 

"Pemuda UMNO Kuantan menggesa pihak polis dan pihak-pihak berkuasa yang lain mengambil tindakan terhadap P Ramasamy. Seorang yang dikaitkan dengan kumpulan pengganas tidak boleh memegang jawatan di dalam kerajaan negeri dan dibiarkan berada di dalam negara Malaysia. Kedaulatan dan keamanan negara wajib dijaga daripada anasir-anasir pengganas seperti P Ramasamy".

"Kami juga ingin mengesa agar pihak polis untuk menyiasat Malaysian Naam Tamilar Organization - Naam Tamilar Organization NGO yang dilihat seolah-olah cuba menghidupkan ideologi LTTE di Malaysia", kata kenyataan itu lagi.

Pemuda UMNO Kuantan juga menggesa polis menyiasat satu status dari Suresh Yegambaram yang dikongsikan oleh pemilik akaun Arunakiri Nathan yang mencadangkan untuk mengadakan demonstrasi bagi mendesak kerajaan menghantar pulang Dr. Zakir Naik dan membatalkan status penduduk tetap Dr. Zakir Naik dan yang lebih membimbangkan komen seorang yang bernama Naan Kadavul yang seolah-oleh memprovokasi untuk membuat rusuhan, membakar beberapa bas serta merosakkan kedai-kedai. #PDO

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]