[IKLANEKA SAIZ 468X60 PIXEL | RM100 SEBULAN | SILA WHATSAPP SINI]



Pengasuh Tergelincir Punca Adam Rayqal Terhantuk Simen !


PETALING JAYA – Tergelincir ketika sedang dimandikan dipercayai punca Adam Rayqal Mohd. Sufi Naeif mengalami pendarahan dalam otak dan retak pada tempurung kepala sebelah kiri.

Bagaimanapun, mayat bayi berusia lima bulan itu ditemui dalam peti sejuk di rumah pe­ngasuhnya di Kampung Nakhoda, Batu Caves, Selayang pada Rabu minggu lalu.

Satu sumber memberitahu, hasil siasatan mendapati sebelum mangsa ditemui mati, pengasuh berusia 33 tahun yang memandikan mangsa dikatakan tergelincir dalam tandas menyebabkan bayi itu cedera.

“Kepala Adam Rayqal dipercayai terhantuk pada simen tandas di rumah tersebut namun keadaan bayi ketika itu masih sedar.

“Selepas itu, suspek warga tempatan itu memberikan susu kepada mangsa sebelum dia dikejutkan dengan tangisan kuat Adam Rayqal,” kata sumber itu di sini semalam. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]