[IKLANEKA SAIZ 468X60 PIXEL | RM100 SEBULAN | SILA WHATSAPP SINI]



Perbanyakkan Dasar Dan Program Memulihkan Semula Hutan !


PEKAN: Jabatan Perhutanan Pahang diarahkan untuk memperbanyakkan dasar dan program berkaitan pemuliharaan semula hutan, titah Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Baginda bertitah walaupun tidak dinafikan pembalakan sebagai sumber pendapatan negeri, namun ia seharusnya dilakukan secara terperinci bagi mengurangkan kesan ke atas alam sekitar.

"Permasalahan utama yang dihadapi ialah pembalakan yang dilakukan secara haram... ini yang kita semua sedang usahakan (untuk menanganinya)," titah baginda.

Tengku Abdullah bertitah demikian semasa ditemui selepas merasmikan Majlis Konvokesyen ke-5 Universiti Automotif Malaysia DRB-Hicom di sini hari ini, yang turut dihadiri Naib Canselor universiti itu Profesor Datuk Seri Dr Omar Osman.

Baginda diminta mengulas mengenai luahan penduduk di Janda Baik, Bentong dekat sini yang mahu pihak berwajib memberi perhatian terhadap permasalahan pembangunan dan pembalakan di situ. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]