SELAMAT ULANGT HARI ULANG TAHUN KE-10 PAHANG DAILY ONLINE (31/8/2008 - 31/8/2018)

[IKLANEKA SAIZ 468X60 PIXEL | RM100 SEBULAN | SILA WHATSAPP SINI]





PM: Senator Akan Isi Jawatan Timbalan Menteri Pertahanan !


PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan jawatan Timbalan Menteri Pertahanan akan diisi oleh Senator.

Perdana Menteri berkata, ketiadaan jawatan itu buat masa ini tidak memberi sebarang masalah kepada Kabinet.

"Jawatan (Timbalan Menteri Pertahanan) itu ada, tetapi tidak dapat dilantik waktu itu kerana beliau bukan terdiri daripada wakil rakyat, beliau akan terdiri daripada bukan wakil rakyat.

"Untuk ini kita kena lantik beliau sebagai Senator dulu, ini tidak memberi masalah kepada Kabinet kerana jika seseorang menteri tidak dapat hadir (mesyuarat Kabinet), beliau boleh meminta seorang ahli Kabinet lain untuk mewakilinya.

"Beliau tidak boleh minta seorang timbalan menteri (hadir mesyuarat Kabinet). Yang menjadi masalah apabila kita ada Persidangan Dewan (Rakyat) dan pada masa itu timbalan menteri berkenaan akan menjawab bagi pihak menteri," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, hari ini.

Dr Mahathir bagaimanapun tidak mendedahkan siapa yang bakal dilantik mengisi jawatan terbabit.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata beliau masih belum membuat keputusan mengenai siapa tiga individu yang akan dilantik sebagai Senator.

Sementara itu, Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berkata, beliau menyerahkan sepenuhnya kepada Perdana Menteri berhubung pelantikan jawatan timbalannya. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]