[IKLANEKA SAIZ 468X60 PIXEL | RM100 SEBULAN | SILA WHATSAPP SINI]



PPBM Melaka: Mas Ermieyati Belum Lagi Menjadi Ahli Parti Itu


MELAKA: Tiada sebarang perbincangan antara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin susulan kemungkinan bekas Ketua Puteri UMNO itu menganggotai parti baharu berkenaan.

Ketua Badan Pimpinan PPBM Melaka, Mohd Redzuan Yusof, berkata pihaknya tidak mendapat sebarang maklumat mengenai ura-ura bekas pemimpin muda UMNO itu mahu menyertai PPBM.

"Apa yang boleh saya katakan, kami ada terserempak pada sesi taklimat khas Ahli Parlimen di Kuala Lumpur, kira-kira dua hari sebelum beliau membuat keputusan mengejut meninggalkan UMNO pada 1 Julai lalu.

"Secara berseloroh, saya tanyakan apakah langkah susulan beliau dalam UMNO selepas keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). Tiba-tiba dua hari kemudian (1 Julai), saya dimaklumkan yang beliau (mengumumkan) keluar UMNO," katanya ketika dihubungi NSTP, hari ini.

Ditanya adakah wakil kedua-dua pihak ada berhubung selepas tindakan Mas Ermieyati meninggalkan UMNO pada 1 Julai lalu, Mohd Redzuan yang juga Menteri Pembangunan Usahawan berkata, sehingga saat ini tiada sebarang pertemuan dibuat.

Bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan sekiranya terdapat mana-mana pihak berhasrat menyertai PPBM, sekali gus bersama-sama membawa aspirasi serta dimensi baharu dalam kepemimpinan Malaysia Baharu yang diterajui Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"PPBM sentiasa membuka pintu kerjasama terhadap mana-mana pihak yang berhasrat menyertai parti ini. Kita bagaimanapun tidak boleh sekadar mengambil (keanggotaan) saja, sebaliknya sebarang keahlian baharu perlu ditapis oleh kepemimpinan parti terlebih dahulu," katanya.

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan awal bulan ini, Mas Ermieyati mengejutkan kepemimpinan UMNO serta pemerhati politik tanah air apabila mengumumkan keluar UMNO, sekali gus menjadi Ahli Parlimen Bebas berkuatkuasa 1 Julai lalu.

Susulan keputusan itu, UMNO Bahagian Masjid Tanah segera mengadakan mesyuarat tertutup yang dipengerusikan Ketua UMNO Bahagian Masjid Tanah, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, sebelum kepemimpinan bahagian termasuk kira-kira 200 pemimpin UMNO cawangan bahagian itu sebulat suara mengeluarkan memorandum mengutuk tindakan dibuat Mas Ermieyati, selain memberi tempoh seminggu untuknya menarik balik keputusan itu.

Bagaimanapun, tempoh seminggu itu sudah berakhir semalam dan usaha NSTP menghubungi Mas Ermieyati sejak 1 Julai lalu masih gagal.

Sementara itu, tinjauan NSTP di kediaman keluarga Mas Ermieyati di Kampung Paya Lebar, Masjid Tanah mendapati rumah itu tidak berpenghuni.

Malah, laporan daripada jiran yang enggan dikenali berkata, kedua ibu bapanya dilaporkan sudah bertolak ke Putrajaya, semalam.

Pada PRU-14, Mas Ermieyati yang mewakili UMNO-Barisan Nasional (BN) berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Masjid Tanah apabila mendapat sebanyak 22,898 undi menewaskan Datuk Dr Sabirin Ja'afar dari PKR (14,739 undi) dan wakil PAS, Nasir Othman (4,688 undi). #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]