SELAMAT ULANGT HARI ULANG TAHUN KE-10 PAHANG DAILY ONLINE (31/8/2008 - 31/8/2018)

[IKLANEKA SAIZ 468X60 PIXEL | RM100 SEBULAN | SILA WHATSAPP SINI]





Rais Yatim: Kerajaan Perlu Bentangkan Terlebih Dahulu UEC !


KUALA LUMPUR - Kerajaan perlu bentangkan terlebih dahulu segala maklumat berkaitan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) sebelum membuat sebarang keputusan.

Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Dr Rais Yatim berkata, meskipun UEC terkandung dalam manifesto Pakatan Harapan namun ia tidak bermakna rakyat harus menerima bulat-bulat keputusan kerajaan.

Menurutnya, kerajaan memberi tumpuan menyelesaikan perkara lebih penting seperti penurunan harga minyak sebelum membincangkan isu.

“Menteri tak wajarlah kata mentang-mentang UEC dah jadi manifesto parti maka rakyat jelata ikut sahaja. Eloklah bentangkan dulu intisari UEC.

“NGO mentadbir isi kandungannya atau kerajaan? Bagaimana tentang kemungkinan bercanggah dengan Akta Pelajaran. Ini harga minyak belum turun, UEC pula dulu,” katanya dalam laman Twitter miliknya, hari ini.

Baru-baru ini, isu UEC kembali hangat apabila terdapat desakan meminta sijil itu diiktiraf kerajaan Harapan selaras dengan manifesto PRU14 parti itu.

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik menegaskan kementerian akan tetap meneruskan usaha meluluskan UEC meskipun ia mendapat tentangan banyak pihak. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]