IKLAN BISNES ANDA DI PAHANG DAILY ONLINE (PDO) SEKARANG !!

Shahril: Lebih Banyak Masa Di Perlukan Untuk PH Hapus Tol !


KUALA LUMPUR - Cadangan untuk menghapuskan kutipan tol tidak boleh dimuktamadkan dalam masa 100 hari seperti yang digariskan dalam manifesto Pakatan Harapan (PH), demikian menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Datuk Shahril Ridza Ridzuan.

Beliau berkata, kerajaan mempunyai keutamaan lain dari segi keperluan monetari yang perlu ditangani buat masa ini.

Lagipun, katanya, penghapusan tol melibatkan proses yang rumit dan pelbagai pihak. 

"Kami telah memberikan beberapa cadangan dan idea (kepada kerajaan) tetapi sebarang penyusunan semula tol adalah satu mainan campur tolak di mana seseorang perlu membuat pembayaran tidak kira sama ada ia menyediakan atau tidak keseimbangan antara pengguna dan pemegang konsesi,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucap tama di Forum Ekonomi dan Kepimpinan 2018 di sini hari ini. 


Shahril berkata, penyusunan semula tol sangat rumit kerana kepentingan semua pihak perlu diambil kira. 

"Saya fikir kerajaan juga mahu berlaku adil kerana penghapusan tol dan pampasan kepada pemegang konsesi akan memindahkan beban kepada pembayar cukai dan saya rasa (berlaku adil) adalah keutamaan kerajaan,” jelasnya.  

KWSP memilliki 49 peratus pegangan dalam pengendali lebuh raya bertol PLUS Malaysia Bhd. manakala unit Khazanah Nasional Bhd., UEM Group Bhd. memiliki ekuiti selebihnya.

Beliau juga berkata, pelabur Malaysia perlu mempunyai keyakinan terhadap pasaran dan kerajaan, menyedari hal ini tidak mahu melakukan apa-apa yang boleh menjejaskannya. 

Sementara itu, semasa sesi soal jawab, Shahril berkata, ekonomi Malaysia dijangka tidak menentu tahun ini sekurang-kurangnya sehingga Oktober depan. 

"Sentimen pelabur asing kekal tidak memasuki pasaran kerana mereka masih berhati-hati dengan keadaan semasa negara dari segi dasar ekonomi," katanya. 

“Bagi jangka masa pendek akan ada banyak ketidaktentuan kerana kerajaan masih belum menetapkan dasar pelaburan atau pemacu pasaran yang mereka mahu laksanakan. 

"Saya jangka keadaan ekonomi tidak menentu itu akan kekal sehingga pembentangan belanjawan akan datang,” katanya. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]