IKLAN BISNES ANDA DI PAHANG DAILY ONLINE (PDO) SEKARANG !!

SPR Nafi Turunkan Bahan Kempen Calon BN Seperti Di Dakwa !


SHAH ALAM - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menafikan dakwaan calon BN bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, Datuk Lokman Noor Adam bahawa suruhanjaya itu bertindak menurunkan bahan kempen yang dipasang parti berkenaan.

Timbalan Pengerusi SPR, Tan Sri Othman Mahmood sebaliknya menegaskan bahawa tiada sebarang tindakan penurunan bahan kempen dibuat oleh Pasukan Penguatkuasa Kempen Pilihan Raya (PPKPR) seperti didakwa.

"Malah wakil calon parti berkenaan (BN) turut menganggotai PPKPR yang diwujudkan oleh SPR itu," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Lokman terdahulu mempersoalkan tindakan SPR yang didakwa mengarahkan sepanduk kempen parti itu diturunkan hari ini.

Calon BN itu dilaporkan berkata pihaknya menerima arahan itu daripada SPR pagi ini atas alasan paparan isi kandungan sepanduk berkenaaan menimbulkan 'rasa kurang selesa' kepada orang lain. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]