[IKLANEKA SAIZ 468X60 PIXEL | RM100 SEBULAN | SILA WHATSAPP SINI]



Suami Isteri Tidak Mengaku Salah Abai Rawatan Anak Mereka !


KUANTAN: Sepasang suami isteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas dakwaan mengabaikan rawatan perubatan terhadap anak mereka yang berusia 10 tahun sehingga menyebabkan kematiannya.

Pengakuan Mohammad Zawani Mohammad Jasni, 30, yang merupakan penjual kereta dan isterinya Azreen Junysar, 29, seorang suri rumah direkodkan di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali.

Kedua-dua mereka didakwa mengabaikan anak mereka Muhamad Luthakim Abdullah, 10, daripada mendapatkan rawatan perubatan yang sewajarnya sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal yang membawa kepada kematiannya.

Bagi kesalahan itu, mereka yang beralamat di Kampung Rantau Panjang, Klang Selangor didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pada prosiding itu, mereka merayu supaya jaminan sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin bagi setiap seorang tertuduh yang ditawarkan Timbalan Pendakwa Raya Farahah Mohd Nazari dapat dikurangkan. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]